Boleh mohon waran tangkap jika bekas suami, bapa mertua gagal beri nafkah anak


  • Mukmin
  • Ahad, 30 Jan 2022

BEBERAPA tindakan yang seorang isteri perlu lakukan selepas sah bercerai dan yang pertama ialah menuntut nafkah anak di Mahkamah Syariah, itu termasuklah makan minum, persekolahan, hari raya serta kos perubatan anak.

BAPA mertua boleh disaman dan diheret ke Mahkamah Syariah dan diarahkan hakim membayar nafkah cucu jika anak lelakinya gagal memberi nafkah anak kepada cucunya, kata Abu Dzar yang merupakan seorang peguam syariah.

Peguam itu berkongsi di halaman Faebook Peguam Kebajikan, isteri hanya perlu membuat aduan ke Mahkamah Syariah tanpa memerlukan slip gaji bapa mertua atau slip gaji bekas suami itu.

"Pastikan sepanjang anda berkahwin, anda dapatkan salinan kad pengenalan bekas suami dan salinan kad pengenalan bapa mertua untuk langkah persediaan sekiranya anda diceraikan suami," kongsi Abu Zar.

Peguam itu menyarankan beberapa tindakan yang seorang isteri perlu lakukan selepas sah bercerai dan yang pertama ialah menuntut nafkah anak di Mahkamah Syariah, itu termasuklah makan minum, persekolahan, hari raya serta kos perubatan anak.

"Jika anda tiada wang untuk upah peguam, Majlis Agama Islam Persekutuan (Maiwp) dan Biro Bantuan Guaman Kerajaan Malaysia ada menyediakan Perkhidmatan Peguam Percuma untuk ibu-ibu tunggal mendapatkan hak nafkah anak," katanya.

Abu berkata tindakan kedua yang harus dilakukan ialah isteri perlu menunggu bekas suami gagal memberi nafkah anak dan barulah boleh bertindak untuk mengadu di Mahkamah Syariah.

"Isteri perlu memohon kepada mahkamah untuk masukkan nama bapa mertua sebagai pemberi nafkah anak dan di dalam Islam, datuk merupakan wali wajib memberi nafkah kepada cucunya," kata Abu Zar.

Jelas peguam itu lagi, jika bekas suami dan bapa mertua masih gagal beri nafkah anak, isteri perlu memohon waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Syariah dan apabila waran tangkap dikeluarkan surat makluman berkenaan waran tangkap akan diberikan kepada isteri sebagai plaintif oleh Mahkamah Syariah.

"Maklumkan Ustaz Pegawai Penguatkuasa Jabatan Islam Negeri lokasi bekas suami tinggal, lokasi bekas suami bekerja dan semua nombor handphone berkaitan bekas suami dan bapa mertua.

"Bekas suami dan bapa mertua buat tidak tahu untuk memberi nafkah anak, mohon lagi waran tangkap dikeluarkan atas mereka berdua kerana kedua mereka ingkar arahan mahkamah dalam memberi nafkah anak," katanya.

Abu Zar berkata, selapas waran dikeluarkan mahkamah akan memanggil keduanya ke perbicaraan untuk bayar hutang nafkah tertunggak dan arahan potongan gaji terus ke akaun bank ibu seperti mana dokumen mahkamah.

"Mereka berdua datang atau tidak, hakim akan putuskan hukuman dan arahkan pihak Penguatkuasa Jabatan Agama Islam buat tangkapan kerana waran tangkap sudah keluar.

"Selagi bekas-suami ingkar arahan mahkamah, ibu boleh meminta nafkah anak dinaikkan kerana kos kehidupan yang semakin tinggi.

"Sejak tahun lepas, kami biasa jumpa bapa kandung yang sudah ditangkap dan ditahan di lokap, nafkah tertunggak anak itu dibayar kesemuanya. Ada kes bapa itu bayar lumpsum nafkah anak tertunggak berjumlah RM175,000.00 kerana si bapa tidak mahu dipenjarakan jika gagal bayar hutang nafkah tertunggak," kongsinya.

Dalam pada itu, Abu Zar juga sempat berkongsi terdapat dua pilihan bapa yang gagal beri nafkah anak setelah waran angkap dikeluarkan dan mereka diheret ke penjara iaitu masuk penjara jika tidak bayar hutang nafkah tertunggak.

"Cara kedua ialah bayar lumpsum semua hutang tertunggak sebelumnya dan tanda tangan borang persetujuan nafkah anak pada masa akan datang yang mana pembayaran akan dibuat secara potongan gaji oleh jabatan atau syarikat bekas suami bekerja," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram