BERTUTUR ataupun berkomunikasi merupakan nikmat besar yang ALLAH SWT berikan kepada manusia dan melalui komunikasi kita boleh sampaikan mesej dan meluahkan rasa hati yang terbuku.
Namun, silap pertuturan boleh menempah diri kita ke neraka, selain boleh merosakkan hubungan kita sesama manusia.
Oleh itu bagi mengelak daripada berlaku pertuturan yang boleh menimbulkan salah faham, mari kita mengetahui enam panduan tentang adab dan tatatcara berkomunikasi melalui surah ke 49 dalam Al-Quran iaitu surah Al-Hujurat.
"Menurut as-Syahid Sayyid Qutb di dalam Kitab Tafsir Fi Zilalil Quran menyebut kandungan surah ini meliputi cara-cara pembentukan dan penyusunan sebuah alam hidup yang mempunyai tatatcara psikologi, komunikasi dan interaksi antara satu sama lain," demikian jelas Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di hantaran laman Facebook.
1) Tidak Meninggikan Suara Apabila Bercakap
Maksud dari Ayat yang ke-2: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya."
2. Hindari Gosip Dan Siasat Terlebih Dahulu
Ayat yang ke-6 membawa maksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."
3. Sukakan Perdamaian
Ayat yang ke-9: Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah ALLAH; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya ALLAH mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
4. Hindari Perselisihan Faham
Ayat yang ke-10 dalam surah Al-Hujurat bermaksud : "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu; dan bertaqwalah kepada ALLAH supaya kamu beroleh rahmat."
5. Memberi Gelaran Dengan Gelaran Yang Baik
Ayat yang ke-11: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim."
6. Jangan Membuka Aib Orang Lain
Ayat yang ke-12 bermaksud:" Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada ALLAH; sesungguhnya ALLAH Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."
Enam panduan dari Surah Hujurat ini boleh diaplikasi sesama manusia sama ada antara rakan sekerja, keluarga mahupun hidup berjiran bagi mengelak perselisihan faham yang secara tidak langsung membawa kepada pergaduhan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram