GAMBAR aktivis, Bilal Jailani (kanan) menegur pekerja wanita bertudung berhubung penjualan arak yang tular di media sosial baru-baru ini. — Facebook/Petua Ibu
BARU-BARU ini, tular seorang aktivis, Bilal Jailani berkongsi kisahnya yang menegur seorang juruwang bertudung yang terlibat dalam penjualan arak di sebuah kedai serbaneka di Bangi, Selangor sekali gus mengundang reaksi bercampur-baur netizen.
Mengulas insiden itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abd Rahman berkata, untuk mengelakkan sebarang konflik berkaitan, kerajaan Selangor boleh mengikut cara negeri Kedah dan Wilayah Persekutuan mengendalikan isu arak.
"Lesen premis ni dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) bawah kerajaan negeri. Jadi kerajaan negeri boleh meletakkan peraturan untuk mengawal isu ini seperti yang dilakukan oleh Kedah dan Wilayah.
"Minuman beralkohol bebas dijual di kedai mengikut aras yang ditetapkan tetapi jika melebihi aras tersebut, ia perlu dijual di kedai penjualan arak saja. Kedai itu dilesenkan oleh pejabat daerah.
"Untuk elak timbul isu di antara pekerja terutama seperti kejadian yang tular itu, kerajaan Selangor perlu membuat satu peraturan ataupun menetapkan di bawah PBT supaya tidak membenarkan premis menjual minuman memabukkan, jika tidak pekerja-pekerja itu dianggap melakukan kesalahan di bawah enakmen undang-undang syariah Selangor," katanya kepada Majoriti.
Mengikut Seksyen 18(2) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman memabukkan adalah melakukan kesalahan.
Jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Dalam pada itu, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Muhammad Fauzi Asmuni berkata, bagi mengatasi isu ini, kerajaan sepatutnya memikirkan dengan serius penguatkuasaan undang-undang melarang orang Islam terlibat dalam penjualan arak.
"Sebarang kesalahan tersebut sepatutnya disusuli dengan hukuman berlandaskan peruntukan undang-undang.
"Pada masa yang sama, satu langkah kempen agar orang Islam menjauhi urus niaga arak juga patut dijalankan serentak dengan penguatkuasaan undang-undang tersebut," kata Muhammad Fauzi.
Beliau berkata, apa yang boleh dilakukan oleh rakyat kini hanya terbatas kepada aduan kepada pihak berkuasa kerana langkah seterusnya adalah terletak di atas tanggungjawab pihak berkuasa.
Selain itu, Muhammad Fauzi juga berkata, majikan tidak sepatutnya memaksa pekerja muslim untuk menjalankan urusniaga berkaitan arak kerana masih terlalu banyak pilihan yang ada seperti pekerja bukan Islam.
"Jika berlaku paksaan, ia patut diadu untuk dikenakan tindakan undang-undang kepada majikan tersebut," tambah Muhammad Fauzi.
Pada 14 November, Kedah menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak lagi akan memberi kelulusan lesen premis perjudian dan mengehadkan aktiviti penjualan arak di seluruh negeri itu.
Manakala, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pula memperketatkan penjualan minuman keras melalui garis panduan dan syarat permohonan lesen minuman keras Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkuatkuasa 1 November lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram