Hati ikan paus santapan pertama di syurga


  • Mukmin
  • Selasa, 07 Dis 2021

HATI ikan paus adalah makanan terawal menjadi santapan buat penghuni syurga. — Gambar hiasan/Agensi

SYURGA adalah tempat paling mulia yang dijanjikan oleh ALLAH SWT kepada hambaNya yang taat.

Dalam al-Quran, syurga digambarkan sebagai tempat yang indah seluas langit dan bumi.

Segala keinginan manusia akan dikabulkan oleh ALLAH SWT ketika di syurga termasuk makanan yang lazat.

Namun, terdapat beberapa jenis makanan yang akan dimakan oleh penghuni syurga terlebih dahulu.

1. Hati Paus

Persoalan makanan yang pertama kali dimakan oleh penghuni syurga dijelaskan dalam kitab Fath al-Baari, penjelasan Sahih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-Asqalani.

Dijelaskan bahawa makanan pertama yang akan dimakan oleh ahli syurga adalah hati ikan paus.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Sa’id Al Khudri RA, Rasulullah SAW bersabda: "ALLAH memegang di tangan-Nya, sebagaimana salah seorang dari kamu memegang roti dalam perjalanan sebagai hidangan bagi ahli syurga.

"Seorang Yahudi datang dan berkata: "Semoga Ar Rahman memberkatimu wahai Abul Qosim (Nabi Muhammad), mahukah kamu ceritakan kepadaku tentang jamuan ahli syurga pada hari kiamat?

Nabi SAW menjawab: "Sudah tentu."

"Orang-orang Yahudi menyambung: "Mahukah aku beritahu kamu lauk mereka (penghuni syurga)? Dengan daging lembu dan ikan."

Rasulullah SAW dan para sahabat berkata, "Apakah lauk mereka?"

Orang Yahudi itu menjawab: "Lembu dan ikan, ahli syurga memakan bahagian yang paling lazat seperti hati lembu dan ikan, bahkan 7,000 kali ganda lebih lazat 7000," - Mishkatul Mashobih, 18:136

Secara saintifik, hati ikan paus adalah bahagian yang terbaik kerana kaya dengan vitamin D.

Selain itu, bahagian ini berguna untuk menurunkan kadar kolesterol dalam darah, mengurangkan lemak dalam badan dan mengurangkan sakit sendi.

2. Daging lembu dari syurga

Dalam Sahih Muslim dari Thauban juga ada persoalan apakah makanan lain yang akan dimakan oleh penghuni syurga selepas hati ikan paus?

Red-meat_Medium

Daging lembu dari syurga antara makanan terawal menjadi santapan buat penghuni syurga. —Gambar hiasan

Makanan kedua adalah lembu jantan syurga yang kebiasaannya memakan rumput yang tumbuh di tepi syurga. Haiwan itu akan disembelih, dimasak dan seterusnya dihidangkan.

3. Minuman dan buah-buahan istimewa

Bukan sahaja makanan, penghuni syurga juga akan dihidangkan minuman istimewa. Ia dikatakan istimewa kerana minuman itu diambil dari mata air.

ALLAH SWT berfirman: "Sesungguhnya orang-orang yang berbuat kebajikan minum dari gelas (berisi minuman) yang campurannya adalah air kafur. (iaitu) Mata air (dalam syurga) yang diminum oleh hamba-hamba ALLAH SWT, yang mereka dapat mengalirkannya dengan sebaik-baiknya,” - Ayat 5 hingga 6, surah Al-Insan — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram