INDIVIDU yang pernah menjadi mangsa kejadian rumah dimasuki pencuri berkemungkinan mengalami trauma, apatah lagi mendapati barang berharga mereka hilang begitu sahaja.
Baru-baru ini, seorang perompak diberkas selepas tertidur di dalam keretanya ketika sedang menunggu dua lagi rakan jenayah melarikan barangan sebuah rumah di Jalan Mangga 2, Taman MGBM Bachang, Melaka pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, suspek berusia 30 tahun itu berjaya dicekup dengan bantuan orang awam.
Mendapati suspek tertidur di keretanya, pengadu bertindak mematikan enjin dan mengambil kunci kereta tersebut.
Katanya, pengadu kemudian ternampak pintu dapur rumah terbabit dalam keadaan terbuka dan dua lelaki dilihat sedang cuba melarikan sebuah televisyen.
Suspek yang berada di dalam kereta berjaya ditahan manakala dua lagi rakannya itu masih dikesan oleh pihak polis.
Memberi tip untuk menangkap pencuri di dalam rumah, pengguna TikTok @aimannasir berkata, kaedah yang disarankan menjadikan pencuri yang memecah masuk rumah tidak dapat keluar atau sesat di dalam rumah tersebut.
Malah, katanya, pencuri tersebut akan dapat melihat keadaan di dalam rumah yang dimasuki seolah-olah menjadi sebuah laut, kelam serta pelbagai perkara lain.
Katanya, doa dan amalan yang dikongsikan itu dapat mengelakkan rumah, pejabat atau apa sahaja bangunan yang ditinggalkan daripada dimasuki pencuri atau jin dan iblis.
"Ketika rumah, pejabat dan sebagainya sudah dikunci dengan rapi, maka letakkanlah tapak tangan kita ke pintu atau dinding bangunan dan bacakanlah ayat-ayat dan doa berikut.
"Pertama, kita perlu mengucap dua kalimah syahadah sebanyak sekali, berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW sebanyak tiga kali dan membaca ayat kursi sebanyak sekali.
Katanya, langkah keempat adalah dengan membaca ayat kesembilan daripada surah Yassin sebanyak sekali iaitu وجعلنا مِنۢ بينِ ايدِيهِم سدا ومِن خلفِهِم سدا فاغشينٰهُم فهُم لا يُبصِرُون
"Ia bermaksud: Dan Kami jadikan di hadapan mereka sekat (dinding) dan di belakang mereka juga sekat, dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat," katanya.
Tambahnya, langkah terakhir adalah dengan melafazkan بِسمِ اللهِ توكلتُ على اللهِ, لا حول ولا قُوة إِلا بِاللهِ
"Ia bermaksud: Dengan nama Allah, aku bertawakal kepada Allah. Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan Allah," katanya lagi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram