Hukum ubah wajah berlainan jantina di FaceApp


  • Mukmin
  • Isnin, 22 Nov 2021

MENGGUNAKAN aplikasi FaceApp untuk mengubah wajah berlainan jantina hukumnya haram di sisi agama Islam. — Gambar hiasan/Agensi

SELEPAS menarik perhatian ramai beberapa tahun lepas, kebelakangan ini orang ramai di media sosial dilihat kembali teruja dan seronok berkongsi gambar menggunakan aplikasi FaceApp.

Aplikasi tersebut boleh mengubah wajah kepada tua mahupun muda, selain menukar wajah kepada berlainan jantina.

Nmun pernahkah terfikir apakah hukum di sebalik penggunaan FaceApp ini?

Pendakwah bebas, Nur Mohammad Hadi menyatakan penggunaan aplikasi yang menukar wajah yang berlainan dan menyebarkannya kepada orang lain adalah haram di sisi agama Islam.

Ia kerana, perbuatan tersebut mengaibkan diri sendiri dan menjatuhkan maruah sendiri sebagai seorang Muslim.

"Mengaibkan diri sendiri terjadi apabila fitrah kita sebagai seorang lelaki ataupun perempuan tetapi kita mengunakan aplikasi itu untuk menukar jantina dan kita pergi sebarkan pula dalam media sosial," ujarnya.

ALLAH berfirman dalam surah Al-Rum ayat 30 yang bermaksud "tetaplah atas fitrah ALLAH yang telah menciptakan manusia atas fitrah itu, tidaklah patut ada sebarang perubahan pada penciptaan (fitrah) ALLAH itu."

Perbuatan tersebut bertentangan dengan fitrah manusia walaupun ia sekadar gambar dan kononnya sebagai atas tujuan hiburan semata.

Mohammad Hadi juga mengatakan walaupun gambar tersebut sekadar simpanan peribadi tetapi ia masih termasuk perbuatan yang dibenci di sisi agama kerana perbuatan tersebut adalah sia-sia.

Justeru katanya, mmat islam perlu sentiasa sentiasa memeriksa adakah sesuatu aplikasi itu membawa manfaat kepada diri sendiri ataupun sebaliknya.

"Sesuatu aplikasi boleh dimanfaatkan sekiranya tidak mengaibkan diri sendiri dan tidak memperdaya orang lain," ujar Mohammad Hadi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Islam, haram, faceapp, Mohammad Hadi, aplikasi