Haram hukumnya sebar gambar, video mangsa kemalangan


  • Mukmin
  • Ahad, 14 Nov 2021

ORANG Islam ditegah menyebarkan gambar mangsa kemalangan sama ada yang masih hidup atau meninggal dunia. — Gambar Hiasan

PENYEBARAN gambar, video yang mempunyai muka atau tubuh badan mangsa kemalangan di media sosial adalah perkara yang haram di sisi agama Islam, kata Ustaz Mohammad Abdul Kadir Sahak.

Pegawai Jabatan Mufti Negeri Perlis itu berkata, kematian tersebut tidak kira sama ada meninggal secara biasa, mangsa kemalangan maut, mangsa bunuh atau kes bunuh diri.

"Kita masih ditegah untuk mengambil gambar, video kerana mencemar kemuliaan seseorang manusia tidak kira sama ada gambar orang yang meninggal dunia secara biasa atau akibat kemalangan.

"Yang berlaku, biarkan kekal berlaku dan diketahui orang yang ada di lokasi kejadian, siapa yang mampu membantu, maka dia bantu.

"Bukan untuk ambil kesempatan untuk dapat 'like' di Facebook dan seumpamanya, maka perkara ini ditegah dalam agama.

"Adakah anda setuju jika gambar anda disebarkan di media sosial jika berlaku sesuatu kepada anda", ujar beliau menerusi satu perkongsian di laman Facebook.

Tambah Mohammad Abdul Kadir, sebaik-baiknya jika menemukan mangsa kes kematian, adalah disunnahkan untuk menyelimutkan jenazah dengan niat untuk menjaga kehormatan mangsa.

"Hak setiap muslim ke atas muslim yang lain adalah haram (baginya mencerobohi) privasi, maruah, hartanya dan darahnya," katanya memetik Hadis Riwayat Muslim. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram