
SELAIN kepanasan neraka Jahannam, ALLAH SWT juga menjelaskan dalam al-Quran bahawa terdapat azab neraka yang sejuk, kata Dr Ahmad Sanusi Azmi.
Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) itu menerusi laman Telegram berkata, apabila meminum azab neraka yang sejuk, kulit manusia akan berguguran terlerai disebabkan betapa sejuknya air yang disediakan buat mereka.
Firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Iaitu neraka Jahannam yang mereka akan menderita bakarannya; maka seburuk-buruk tempat menetap ialah neraka Jahannam; [57]
“Ini sejenis azab seksa, maka hendaklah mereka merasainya, air panas yang menggelegak dan air danur yang mengalir (untuk minuman mereka),” (Surah Sad: Ayat 56 dan 57)
Menurut al-Imam al-Baghawi, Ahmad Sanusi berkata, Ghassaq adalah kesejukan yang melampau sehingga terbakar keringnya kulit manusia.
Kata Ibn Abbas yang bermaksud: “Ia adalah zamharir yang membakar dengan kesejukan yang amat dahsyat seperti mana api yang membakar dengan kepanasannya,”
Pandangan yang sama diutarakan oleh al-Imam Mujahid dan Muqatil.
Dahsyatnya azab kedinginan dalam neraka Jahannam ini memberikan seksaan kepada para penghuni neraka sehingga kulit-kulit mereka tertanggal.
Dari Ka’ab, beliau berkata: “Sesungguhnya di neraka adanya dingin iaitu zamharir (dingin yang amat beku), yang membuat kulit-kulit tertanggal sehingga mereka(yang berada di neraka) meminta pertolongan pada panasnya neraka,”
Tambah Ahmad Sanusi, kesejukan azab neraka yang menyeksa manusia juga disebutkan dalam hadis.
Ini selari dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Neraka menyampaikan keluh kesahnya kepada Tuhannya dan berkata; "Wahai Tuhan, mengapa kami saling memakan satu sama lain?
“ALLAH SWT pun mengizinkan neraka untuk bernafas dua kali, bernafas ketika musim dingin dan bernafas ketika musim panas, kedua nafas itulah yang kalian dapatkan ketika panas menyengat dan dingin membeku,” — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram