
TERDAPAT istilah karma yang popular di dalam kehidupan seharian manusia.
Karma dalam fahaman umum adalah balasan terhadap perbuatan seseorang sama ada baik atau buruk. Jika berbuat baik akan dibalas baik begitu juga sebaliknya.
Bagaimanapun adakah istilah karma itu digunakan dalam konteks Islam?
Kata 'Karma' merupakan bahasa sanskrit yang berarti perbuatan dan hasil yang akan di peroleh daripada perbuatan tersebu. Ia dinamakan karmaphala, sementara akibat yang ditimbulkan dari perbuatan disebut karma vipaka.
Jika dilihat dari Istilahnya, karma memang tidak ada dalam khazanah Islam. Tetapi ajaran Islam menggariskan jika tingkah laku buruk akan mengakibatkan sebuah keburukan juga. Sehingga umat Islam diwajibkan untuk sentiasa berbuat baik.
Agar tidak salah mengertikan makna Karma, beberapa ulama menyarankan untuk menyebut balasan perilaku tersebut dengan balasan dari setiap perbuatan, baik itu baik ataupun buruk.
Dalam firman Allah swt, Surat An-Nahl ayat 61 menjelaskan yang bermaksud;
"Jikalau Allah menghukum manusia kerana kezalimannya, nescaya tidak akan ditinggalkan-Nya di muka bumi sesuatupun dari makhluk yang melata, tetapi ALLAH SWT menangguhkan mereka sampai kepada waktu yang ditentukan. Maka apabila telah tiba waktunya (yang ditentukan) bagi mereka, tidaklah mereka dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukannya."
ALLH SWT juga berfirman dalam surah An-Nahl ayat 97 yang bermaksud:
"Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan."
Perbuatan maksiat akan mendatangkan pengaruh buruk dan kesannya mampu saja menyebabkan berbagai kerosakan. Setiap kali manusia melakukan dosa, ALLAH SWT akan memberikan balasan kepada mereka.
ALLAH berfirman dalam surah Al-Rum ayat 41 yang bermaksud:
"Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya ALLAH menimpakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)."
Untuk itu, kita sebagai umat manusia harus berbuat baik dan menjauhi segala larangan serta menjalankan semua perintah dari ALLAH SWT.
Amalan-amalan perbuatan yang baik akan dibalas oleh ALLAH SWT dengan segala sesuatu yang baik pula. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram