Ketahui 7 tanda badan isteri, mak-mak dah minta 'diservis' dengan urutan 'deep tissue'


  • Bonda
  • Isnin, 26 Jan 2026

Wanita disarankan agar tidak mengabaikan isyarat tubuh dan mengambil langkah proaktif menjaga kesihatan fizikal serta mental.

KELETIHAN berpanjangan, emosi tidak stabil dab sakit otot yang tidak reda meskipun sudah berehat secukupnya mungkin menjadi isyarat tubuh memerlukan rawatan lebih mendalam, termasuk urutan deep tissue.

Urutan deep tissue ialah teknik urutan terapeutik yang berbeza daripada biasa kerana ia memberi tumpuan pada lapisan otot lebih dalam, membantu melancarkan peredaran darah dan melegakan ketegangan kronik sering dialami wanita, khususnya isteri serta golongan ibu.

Berdasarkan perkongsian seorang ahli terapi urut menerusi hantaran di akaun Threads miliknya, berikut tujuh tanda utama badan mungkin ‘meminta’ rawatan urutan deep tissue:

BACA LAGI: [VIDEO] 'You tak geli ke urut badan orang?' 'confinement lady' asal KL tak layan stigma negatif kenalan sekeliling

BACA LAGI: [VIDEO] Tukang urut berkebaya di Jepun, Naimah Yasir wakili negara untuk Massage Championship World Tour 2025

 

 

1) Mudah mengantuk dan lesu walaupun tidur mencukupi

Rasa mengantuk berterusan, badan lemau dan tidak bertenaga walaupun sudah mendapat tidur yang cukup termasuk deep sleep boleh menjadi petanda keletihan otot dan peredaran darah yang kurang lancar.

2) Sukar mendapatkan tidur lena

Ada individu mengalami keadaan mata terpejam namun fikiran tidak dapat ‘dimatikan’, menyebabkan tidur tidak nyenyak dan kerap terjaga.

Keadaan itu sering dikaitkan dengan tekanan otot dan stres berpanjangan.

Close-up of masseur's hands massaging a client's back

Urutan terapeutik berbeza daripada biasa kerana ia memberi tumpuan pada lapisan otot lebih dalam.

3) Rasa malas melampau dan tidak bermaya

Bangun tidur dengan rasa mahu berbaring sepanjang hari, namun tetap tidak segar walaupun berehat lama, boleh menandakan badan memerlukan pemulihan otot yang lebih menyeluruh.

4) Emosi tidak stabil, mudah stres dan cepat marah

Cepat terasa, mudah ‘triggered’ dan rasa serabut melampau boleh berpunca daripada ketegangan otot di bahagian belakang, belikat dan tengkuk.

Apabila aliran darah ke kepala terganggu, ia boleh menyebabkan kepala terasa berat seterusnya menjejaskan emosi hingga membawa kepada keadaan burnout.

5) Sakit otot dan sendi berpanjangan

Lenguh teruk pada bahu hingga pergerakan terasa tersekat, kaki mudah kejang ketika tidur dan rasa tidak ‘lepas’ pada sendi tertentu, walaupun sudah menjalani urutan tradisional, menandakan keperluan pada urutan deep tissue yang lebih terperinci.

asian wife resting her head and arms on table in living room wants to take a nap. beautiful housewife doing housework in house. young lady feeling tired wiping table in the afternoon.

Aliran darah ke kepala terganggu boleh menyebabkan kepala terasa berat seterusnya membawa kepada keadaan burnout.

6) Keletihan menjejaskan hubungan suami isteri

Badan terlalu penat dan peredaran darah yang kurang baik boleh menyebabkan rasa cepat hilang minat atau sukar mendapatkan mood, sekali gus memberi kesan kepada keintiman pasangan.

7) Masalah pencernaan dan perut kembung

Perut kembung, rasa penuh, sukar membuang angin atau membuang air besar, malah kadangkala terasa semput, juga boleh berkait dengan ketegangan otot dan sistem badan yang tidak seimbang.

Keadaan itu sering disertai hilang selera makan serta wajah kelihatan sembap.

Wanita disarankan agar tidak mengabaikan isyarat tubuh dan mengambil langkah proaktif menjaga kesihatan fizikal serta mental.

Selain urutan deep tissue, amalan gaya hidup sihat seperti rehat mencukupi, pemakanan seimbang dan pengurusan stres turut penting bagi memastikan tubuh kekal bertenaga. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram