MENGIMBAS kembali kalendar pelancongan sedekad lalu, 2016 merupakan titik tolak penting apabila Lonely Planet memperkenalkan senarai Best of Asia.
Ketika itu, landskap pelancongan negara masih dalam fasa awal transformasi sebelum dikenali di persada dunia seperti hari ini.
Di Perak, usaha kerajaan negeri membangunkan semula Lorong Concubine (Concubine Lane) di Ipoh ternyata membuahkan hasil luar biasa.
BACA LAGI: Rumah 'dollhouse' gergasi, keunikan seni bina Manhattan Nature di Chengdu
BACA LAGI: Percutian 'glamping' makin popular, 8 khemah mewah di Asia wajib cuba, sarat elemen lestari, estetik
Susulan penambahbaikan tersebut, Ipoh berjaya melonjak ke tangga keenam daripada 10 destinasi terbaik di Asia pilihan Lonely Planet pada tahun sama.
Namun begitu, suasana Ipoh 10 tahun lalu jauh berbeza dengan imej tumpuan pelancong masa kini.
Pada waktu itu, kawasan berkenaan masih belum dihiasi dengan payung berwarna-warni ikonik, menandakan industri pelancongan bandar itu baru sahaja bermula.
Perubahan ketara turut dirasai di Jonker Street, Melaka.
Kawasan yang terkenal dengan bangunan warisan itu mempunyai bilangan kafe kontemporari yang jauh lebih sedikit berbanding sekarang.
Malah, mercu tanda seperti Mamee Jonker House baru sahaja beroperasi selama setahun pada ketika itu.
Beralih ke ibu kota, kawasan Kwai Chai Hong yang kini tumpuan peminat fotografi dan pengguna media sosial, langsung tidak wujud pada 2016.
Lorong tersebut hanya menampakkan dinding kosong tanpa sebarang lukisan mural, memandangkan projek pemulihannya hanya bermula pada 2019.
Menjelang sambutan Thaipusam tidak lama lagi, nostalgia di Batu Caves, Selangor turut mencuri tumpuan.
Perbezaan paling ketara yang bakal disedari oleh pengunjung adalah ketiadaan tangga pelangi yang menjadi tular di seluruh dunia.
Rekod menunjukkan bahawa sebanyak 272 anak tangga menuju ke gua tersebut hanya dicat dengan warna-warni dua tahun selepas itu, iaitu pada 2018.
Sebelum tempoh berkenaan, struktur tangga tersebut hanya mengekalkan warna asal yang lebih ringkas.
Kepesatan pembangunan dalam tempoh sepuluh tahun ini membuktikan betapa dinamiknya evolusi sektor pelancongan di Malaysia.
Banyak lokasi yang dahulunya kelihatan biasa, kini telah berubah menjadi pusat tarikan bertaraf antarabangsa.
Selain itu, orang ramai yang ingin melihat transformasi Petaling Street dari perspektif sejarah boleh menonton paparan video yang disediakan untuk mengetahui gambaran sebenar kawasan tersebut pada masa lampau. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
