KERAJAAN bakal menyediakan peruntukan khas sebanyak RM50 juta bagi memperkukuh sektor seni dan warisan tempatan, termasuk membantu para penggiat industri kreatif meningkatkan sumber pendapatan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu antara inisiatif bagi merancakkan sektor pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
"RM50 juta diperuntukkan untuk menyokong pengusaha seni dan warisan menjana pendapatan seperti penggiat karya kraf, batik dan tenunan," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada Jumaat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
MENYUSUL...
