
CORAK titik yang kelihatan ringkas tetapi berpengaruh, polka dot mempunyai perjalanan panjang dalam dunia fesyen.
Daripada Puteri Diana hingga ke pentas fesyen moden, corak tersebut terus mengekalkan daya tarikannya.
Pada 1988, Puteri Diana mencuri perhatian ramai dengan gaun polka dot di acara Royal Ascot.
BACA LAGI: 'Tak ada fasa malas bersiap', Siti Saleha tetap berdandan walau kandungan memasuki trimester kedua
BACA LAGI: Anak tolak makan sayur bukan tanda anda ibu bapa gagal, 5 cara reset semula selera si manja
Motif polka dot yang terkenal pada era klasik kini menjadi pilihan selebriti untuk digayakan pada majlis keramaian. — Agensi
Tiga dekad kemudian, Puteri Wales, Kate Middleton tampil dalam gaya sama, sekali gus membuktikan corak tersebut masih relevan.
Pada era kini, selebriti seperti Julia Garner, Rose Byrne, Hailey Bieber, malah pasangan Rihanna dan A$AP Rocky kembali menjadikan polka dot sebagai pilihan utama.
Fenomena tersebut cukup kuat hingga Pinterest melaporkan peningkatan mendadak carian berkaitan polka dot untuk musim luruh 2025.
Sejarah polka dot bermula sejak Revolusi Perindustrian abad ke-19 apabila teknologi mesin membolehkan kain bercorak titik yang lebih sekata dihasilkan.
Pada masa sama, tarian Polka dari Czech menjadi popular di Eropah dan Amerika Syarikat (AS), lalu nama tarian itu melekat pada corak tersebut.
Sebelum itu, pada zaman Pertengahan, titik dianggap negatif kerana menyerupai tanda penyakit berjangkit.
Kemunculan semula polka dot berlaku pada abad ke-19 apabila ia dilihat sebagai simbol moden.
Pada 1827, ilustrasi fashion plate memaparkan wanita memakai gaun polka dot, menandakan penerimaan masyarakat terhadap corak ini.
Era 1920-an pula menjadi titik tolak besar dengan figura seperti Norma Smallwood dan watak Minnie Mouse menjadikannya sebahagian budaya popular.
Setiap dekad selepas itu, polka dot kekal relevan. Katharine Hepburn menggayakannya dalam filem Woman of the Year (1942), diikuti ikon lain seperti Marilyn Monroe, Twiggy, Puteri Diana dan Julia Roberts.
Corak itu tidak sekadar berhenti di pentas perfileman atau selebriti, malah turut memberi inspirasi kepada pereka fesyen besar.
Beg tangan Louis Vuitton yang mengangkat motif polka dot. — Agensi
Yayoi Kusama membina seluruh karya seninya berasaskan polka dot, termasuk kolaborasi ikonik bersama Louis Vuitton.
Fenomena gaun polka dot Zara 2019 membuktikan corak ini masih digemari ramai.
Kini, polka dot kembali mendapat tempat di pentas fesyen utama. Koleksi musim bunga/panas 2025 oleh Valentino dan Carolina Herrera mengangkat semula corak itu.
Manakala musim luruh/sejuk 2025 menyaksikan jenama seperti Dries Van Noten, Nina Ricci dan Schiaparelli memberikan sentuhan segar.
Celine juga menampilkan polka dot dalam koleksi 2026 di bawah pereka baharu, Michael Rider.
Perunding Kreatif, Katie Ruensumran menegaskan bahawa kekuatan utama polka dot ialah versatiliti.
Ia boleh kelihatan anggun atau berani bergantung pada saiz dan kombinasi gaya.
Polka dot boleh digabungkan dengan jalur atau aksesori lain bagi menghasilkan penampilan yang moden tetapi seimbang.
Daripada simbol penyakit pada zaman Pertengahan kepada lambang gaya ikonik hari ini, perjalanan polka dot menunjukkan bagaimana fesyen boleh berubah makna mengikut zaman.
Popularitinya kini bukan sekadar nostalgia, tetapi bukti bahawa corak sederhana ini mampu menyesuaikan diri dengan trend semasa dan terus menarik perhatian generasi baharu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram