
SKOLIOSIS menjejaskan kira-kira 2 hingga 5 peratus kanak-kanak di Malaysia terutamanya kelompok kanak-kanak perempuan berusia antara 11 hingga 14 tahun yang dikatakan berisiko lebih tinggi.
Jika masalah kesihatan tersebut tidak dirawat sedikit demi sedikit ia boleh menjejaskan kualiti hidup secara serius dan keyakinan diri.
Seperti mana dikongsikan oleh Public Health Malaysia, mengenaiseorang kanak-kanak tanpa disedari mengalami tanda-tanda skoliosis sehingga membuatkan ibunya berasa amat sedih.
BACA LAGI: Tulang belakang anak doktor bengkok angkara pikul beg sekolah
BACA LAGI: Bukan untuk wanita saja, pemain bola sepak lelaki pun boleh yoga, pilates
Skoliosis merupakan penyakit ortopedik yang mana tulang belakang melengkung dan berpusing ke arah berbeza dalam bentuk Satau C. Lazimnya, ia berlaku dalam lingkungan kategori mereka berusia antara 10 hingga 15 tahun.
Biarpun punca sebenar skoliosis belum diketahui, tetapi kondisi tersebut sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Keadaan ini juga boleh diwarisi dan mungkin berpunca daripada kecacatan sejak lahir, gangguan neuromuskular sedia ada atau ketidaknormalan pada saraf tunjang.
Pun begitu, sekiranya ibu bapa mengesan lebih awal perubahan fizikal dan tingkah laku anak-anak, secara tidak langsung dapat menjalani rawatan bersesuaian sebelum ia menjadi lebih teruk.
Biarpun punca sebenar skoliosis belum diketahui, tetapi kondisi tersebut sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.—Gambar hiasan/Freepik
Berikut 6 tanda-tanda sekiranya anak-anak alami skoliosis:
1. Baju nampak senget walauberdiri lurus
Tidak dinafikan kanak-kanak sememangnya cepat membesar sehingga pakaian menjadi tidak muat. Bagaimanapun, sekiranya mendapati baju merekatidak terletak dengan ideal, sentiasa senget walaupun berdiri tegak mungkin ini petunjuk bahawa ada sesuatu yang tidak kena.
2. Salah satu bahu atau pinggul lebih tinggi
Tanda skoliosis yang paling mudah dikesan apabila salah satu bahu atau pinggul kelihatan lebih tinggi.
3. Kepala tidak berada betul-betul di tengah tubuh
Selain itu, perhatikan sebaik-baiknya kepala anak anda sama ada kelihatan senget atau condong ke satu sisi atau tidak selari dengan pelvis badan kerana ia salah satu tanda skoliosis.
4. Berjalan senget sebelah
Lengkungan pada tulang belakang tidak sekata boleh menyebabkan ketidakseimbangan otot, tambahan lagi sesetengah otot bekerja lebih keras daripada yang lain untuk mengimbangi, sekali gus menyebabkan anak 'terpaksa' berjalan tempang atau cenderung membongkok ke satu sisi.
5. Kerap sakit belakang
Baik anda anak seorang aktif mahupun tidak sekiranya kerap mengadu sakit belakang, cepat penat apabila duduk atau berdiri lama,maka sila ambil langkah berjaga-jaga. Ini disebabkan skoliosis memberi tekanan pada saraf dan sendi lalu menyebabkan sakit belakang. Tahap kesakitan juga boleh berbeza daripada ingan hingga teruk.
Bagi kes skoliosis sederhana, pelan rawatan termasuk terapi fizikal untuk menstabilkan tulang belakang dan pemakaian pendakap bagi memperlahankan atau menghentikan kelengkungan.
Sementara itu, bagi kes lebih serius, rawatan seperti pemakaian pelakon dan pembedahan seperti spinal fusion, pembedahan growing rodatau pembedahan tanpa peleburan tulang mungkin merupakan pilihan terbaik.
Berdasarkan web Hospital Gleneagles skoliosis secara amnya dikategorikan kepada skoliosis struktur dan skoliosis bukan struktur.
Struktur: Menjejaskan struktur tulang belakang dan merupakan keadaan kekal sehingga rawatan yang sesuai diterima. Lebih kerap berlaku (berbanding bukan struktur) dan mungkin melibatkan putaran tulang belakang atau kelengkungan sisi tulang belakang.
Skoliosis struktur boleh dibahagikan kepada jenis berikut:
Skoliosis idiopatikadalah bentuk skoliosis yang paling biasa. Puncanya tidak diketahui tetapi mungkin dikaitkan dengan faktor genetik tertentu.
Skoliosis degeneratif atau skoliosis dewasa berlaku di kemudian hari akibat keadaan tulang yang menyebabkan tulang belakang merosot.
Skoliosis neuromuskular atau skoliosis miopati berlaku disebabkan oleh postur yang lemah pada individu dengan keadaan neuromuskular seperti palsi serebrum atau distrofi otot.
Skoliosis kongenital adalah keadaan yang jarang berlaku yang disebabkan oleh kecacatan vertebra dalam utero.
Bukan struktur: Juga dikenali sebagai skoliosis berfungsi, ini biasanya disebabkan oleh sebab sementara dan berkemungkinan boleh diterbalikkan kerana ia mungkin disebabkan oleh keadaan seperti sakit otot atau kekejangan.
Sehubungan itu, para ibu bapa disarankan untuk sentiasa berkomunikasi secara terbuka dan bertanya perihal kondisi kesihatan mereka supaya pencegahan dan rawatan awal boleh dilakukan dengan segara.
Jangan biarkan mereka menanggung sendiri sehingga mencipta perasaan malu dan rendah diri untuk bergaul dengan rakan sebaya dek 'kekurangan' atau kesakitan dialami. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram