Buntu tiada ilham merias kediaman tersendiri, ikuti panduan sebelum memulai projek dekorasi


  • Hias
  • Rabu, 02 Jul 2025

Gaya anda tidak perlu lulus ujian orang lain, tapi apa yang penting, rasa selesa dan bahagia dalam ruang tersebut.

"SAYA tak tahu gaya hiasan dalaman saya."

Jika anda pernah terfikir begitu, jangan risau kerana anda tidak keseorangan.

Bagi orang ramai, mengenal pasti gaya rekaan dalaman peribadi bukanlah satu perkara yang mudah.

BACA LAGI: Faham, teliti kondisi anak 'speech delay', panduan praktikal buat ibu bapa

BACA LAGI: Masalah kesihatan mental semakin meningkat dalam kalangan ibu baharu di Nepal

Apatah lagi, apabila kita sering membandingkan kediaman sendiri dengan rumah orang lain yang kelihatan sempurna di Instagram atau Pinterest.

Tapi seperti kata pereka dalaman Brandon Schubert, gaya bukan sesuatu yang anda perlu dilahirkan bersama.

Ia satu kemahiran dan kemahiran boleh dipelajari.

Gaya bukan soal bakat, tapi tentang diri sendiri

Bila sebut tentang gaya, ramai yang terus rasa tertekan kerana ia boleh buat kita rasa tidak cukup bagus atau hilang keyakinan diri.

Tambahan pula, gaya itu sangat luas, bukan sahaja pada pakaian tapi juga makanan, rambut dan pastinya kediaman kita sendiri.

Schubert mengaku, walaupun dia yakin dengan gaya hiasan dalamannya, sehingga kini dirinya masih rasa ‘gugup’ apabila bab fesyen.

Maka kalau anda rasa tidak pasti tentang gaya rumah sendiri, itu sangat normal.

Berita baiknya, gaya boleh diasah namun apa paling penting kita mula kenal pasti perkara yang kita suka dan tidak.

Gaya itu sangat luas, bukan sahaja pada pakaian tapi juga makanan, rambut dan pastinya kediaman diri sendiri.  Agensi

Di mana nak mula?

Sebagai permulaan, ambil masa untuk benar-benar fikirkan tentang apa yang anda suka dalam sesuatu ruang.

Tak perlu gunakan istilah mewah seperti "hangat" atau "berlapis-lapis" yang maknanya berbeza untuk setiap orang.

Sebaliknya, gunakan pendekatan visual atau gambar.

Schubert sendiri, bila mula projek baharu bersama klien, akan memperlihatkan gambar-gambar pelbagai jenis ruang untuk mendapatkan reaksi spontan.

Cara itu jauh lebih efektif daripada berbincang dengan teori.

Gunakan gambar inspirasi anda sebagai 'template' untuk meniru susun atur, warna atau suasana yang anda suka.  Agensi

Pinterest dan gambar, alat kenal diri paling mudah

Muat turun aplikasi Pinterest atau buka fail khas di komputer anda.

Cipta dua file berasingan: satu untuk ruang anda suka, satu lagi untuk ruang yang anda tidak suka.

Fokus pada satu kategori ruang dahulu, seperti ruang tamu, bilik tidur atau dapur.

Ruang tamu adalah pilihan terbaik untuk bermula kerana ia lebih fleksibel dan bebas daripada kekangan fungsi.

Lama-kelamaan, anda akan nampak corak: adakah anda tertarik pada warna-warna neutral atau bold? Perabot klasik atau moden? Banyak hiasan atau gaya minimalis?

Bila dah tahu apa yang anda suka, tiru sahaja! 

Jangan takut untuk meniru. Schubert tekankan, meniru adalah permulaan kepada sebarang kemahiran baharu.

Kita belajar menulis dengan meniru ayat, belajar melukis dengan meniru bentuk dan dalam dunia hiasan dalaman, tidak salah pun untuk 'copy' idea orang lain selagi ia membantu membina keyakinan serta identiti sendiri.

Gunakan gambar inspirasi anda sebagai 'template' untuk meniru susun atur, warna atau suasana yang anda suka.

Dari situ, anda akan mula belajar menyesuaikan elemen-elemen tersebut mengikut citarasa dan keperluan diri sendiri.

Akhir sekali, ingat bahawa rumah anda adalah ruang peribadi anda.

Tiada betul atau salah dalam dunia hiasan dalaman.

Gaya anda tidak perlu lulus ujian orang lain, tapi apa yang penting, rasa selesa dan bahagia dalam ruang tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram