
PUMA sekali lagi mencuri tumpuan dunia bola sepak apabila memperkenalkan bola rasmi terbaharu untuk saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2025/26, Puma Orbita Ultimate PL, dalam sebuah majlis pelancaran penuh gaya di Flagship Store Sunway Pyramid, kedai Puma terbesar di Asia.
Bola Puma Orbita Ultimate PL itu tampil dengan rekaan yang inovatif dan moden, menonjolkan kehebatan teknologi serta estetika memukau.
Bola itu direka menggunakan 12 panel bersaiz sama untuk memastikan agihan berat yang sangat tepat, memberikan keseimbangan sempurna ketika bola melayang di udara mahupun ketika dikawal di atas padang.
Teknologi high-frequency moulding digunakan pada bola itu menjamin ketahanan luar biasa, manakala jahitan yang lebih besar dan dalam bukan sahaja mempertingkatkan aerodinamik.
Malah ia turut memastikan bentuk bola sentiasa kekal dan memberikan sentuhan lebih lembut serta responsif kepada setiap sepakan, tidak kira dalam apa jua keadaan cuaca atau permukaan padang.
Rekaan visual pada Puma Orbita Ultimate PL juga menyerlah dengan corak dinamik yang melambangkan semangat dan kreativiti bola sepak moden.
Bola Puma Orbita Ultimate PL itu tampil dengan rekaan yang benar-benar inovatif dan moden.
Setiap aspek bola itu dihasilkan untuk memenuhi kehendak pemain profesional, namun sesuai untuk kegunaan peminat di taman, padang sekolah mahupun kawasan rekreasi.
Pengurus Negara Puma Malaysia, Steven Tan, berkata, Puma berbangga menjadi pembekal bola rasmi untuk liga bola sepak paling berprestij di dunia, meneruskan legasi panjang mereka dalam dunia sukan.
Beliau menegaskan bahawa Puma Orbita Ultimate PL bukan sekadar bola perlawanan, tetapi simbol kepada inovasi, kebebasan dan kegembiraan bermain bola sepak.
Puma Orbita Ultimate PL bukan sekadar bola perlawanan, tetapi simbol kepada inovasi, kebebasan dan kegembiraan bermain bola sepak.
Bersempena kempen “Dare to Shine and Win” dari 4 hingga 30 Jun, pengunjung Puma Sunway Pyramid berpeluang memenangi Puma Orbita Match PL Brilliance dengan hanya mengambil gambar bersama replika bola gergasi dan memuat naik ke Instagram.
Untuk info, Puma Orbita Ultimate PL akan membuat penampilan pertama di Premier League Summer Series di Amerika Syarikat Julai ini sebelum digunakan secara rasmi pada perlawanan pembukaan EPL 16 Ogos nanti.
Bola itu kini boleh didapati di kedai-kedai Puma terpilih dan pengedar rasmi di seluruh negara, membolehkan peminat dan pemain merasai sendiri kehebatan bola rasmi EPL yang baharu ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram