
BUKAN semua wanita yang nampak tenang dalam melayari bahtera perkahwinan itu tidak menyimpan perasaan sedih, kecewa ataupun marah.
Kadangkala mereka tidak menzahirkan secara lisan, tetapi lebih kepada menjauhkan diri secara perlahan-lahan, dalam diam, tanpa keluhan atau tindakan drastik.
Perubahan itu tidak selalunya berpunca daripada kebencian. Sebaliknya, hadir daripada kekecewaan yang sudah lama dipendam sehingga harapan kebahagiaan yang mengunung semakin pudar.
BACA LAGI: Elak bayi kena komplikasi batuk kokol, KKM tawar vaksin Tdap percuma buat wanita hamil
Wanita yang masih mahu bercakap isu yang mengganggunya menandakan dirinya tetap peduli terhadap hubungan bersama pasangan. — Gambar Hiasan
Jika diamati dengan teliti, tanda-tanda awal itu sebenarnya jelas, namun sering terlepas pandang oleh suami sendiri.
Berikut merupakan lima tanda awal yang lazimnya berlaku apabila para isteri mula mempersoalkan hala tuju perkahwinan, walaupun belum diungkap secara lisan.
1. Tidak lagi mahu bertengkar
Pada pandangan luar, keadaan itu mungkin disalah anggap sebagai kedamaian.
Namun hakikatnya, apabila seorang isteri berhenti bersuara, ia bukan menandakan masalah selesai, tetapi kerana sudah tidak lagi menaruh harapan bagi sebarang perubahan.
Isu yang dahulunya menjadi topik perbincangan kini jawapan berlalu tanpa respons.
Ia bukan tanda reda, namun satu bentuk penarikan diri secara emosi.
2. Urus segalanya bersendirian
Apabila isteri mula menjauh, mereka biasanya tidak melakukan secara dramatik.
Sebaliknya, mengambil alih segala urusan tanpa meminta bantuan.
Lebih suka mengurus hal secara sendirian menandakan seseorang tidak lagi mahu bergantung kepada pasangannya. — Gambar hiasan
Hal-hal berkaitan anak, kewangan, urusan rumah tangga dan logistik harian dikendalikannya sendiri.
Tindakan itu bukan semata-mata cerminan sikap berdikari, tetapi menunjukkan tidak lagi mahu bergantung pada seseorang yang tidak hadir sepenuh hati.
3. Lebih banyak luangk masa di luar rumah
Sama ada aktiviti harian, urusan peribadi ataupun alasan kecil seperti membeli barang, wanita yang jauh dari segi emosi akan cenderung mencipta ruang fizikal untuk dirinya sendiri.
Malah, ada yang memilih untuk duduk sendirian di dalam kereta atau melewatkan perjalanan pulang bukan kerana sibuk, tetapi mendambakan ketenangan sukar diperoleh di rumah.
4. Menjauhkan diri daripada sentuhan fizikal
Perubahan itu sering berlaku secara perlahan tetapi konsisten.
Jika sebelum ini mudah disentuh, kini cenderung mengelak atau tidak memberi reaksi.
Kehilangan sentuhan fizikal sering menjadi cerminan kepada renggangan emosi. Apabila hubungan hati mula terputus, tubuh juga memberi tindak balas secara semula jadi.
5. Berhenti berkongsi perkara kecil
Salah satu asas hubungan yang sihat ialah perkongsian kisah harian yang berlaku sekecil apa pun itu.
Apabila seorang isteri tidak lagi berkongsi cerita tentang hari-harinya seperti peristiwa rawak atau hal remeh, itu menandakan wujudnya jurang yang semakin melebar. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter , Facebook , Instagram , WhatsApp Channel dan Telegram