
JIKA sebelum ini guru-guru menerima jambangan bunga segar atau alat tulis sempena sambutan Hari Guru, kali ini seorang ibu tampil dengan idea luar biasa yang mengundang pujian ramai.
Wanita berkenaan, Ieja Mohamad Rejab mencuri perhatian warganet selepas memuat naik rakaman video jambangan bunga kantan sebagai persiapan unik untuk anak-anaknya berikan kepada guru.
Dalam video tersebut, bunga kantan yang disusun cantik itu diikat kemas dengan reben dan dihiasi dedaun, menjadikannya bukan sekadar menarik secara visual, malah berguna untuk dapur.
“Hadiah untuk cikgu-cikgu kepada anak-anak kami. Sudah boleh masak laksa, cikgu. Asam pedas pun sedap gak, cikgu,” tulis Ieja dalam kapsyen video berkenaan.
BACA LAGI: Beri sinar baharu untuk kesihatan kulit wanita, vitamin B12 bantu masalah dermatitis
BACA LAGI: Beri sinar baharu untuk kesihatan kulit wanita, vitamin B12 bantu masalah dermatitis
@iejamohamadrejab Hadiah utk cikgu2 ank2 kami..dh bleh masak laksa cikgu nah..asam pedaih pun sedap gak cikgu..#hariguru #hadiahuntukcikgu Guruku Tersayang - .
Menariknya, itu bukan kali pertama Ieja menonjolkan kreativitinya sewaktu menjelang hari guru.
Pada 2024, beliau menghasilkan bouquet brokoli sebagai hadiah Hari Guru yang diberikan anaknya kepada guru-guru di sekolah.
"Takyah pening fikir nak simpan, kan boleh masak,” katanya dalam satu hantaran lain.
Idea tersebut mencetuskan keterujaan dalam kalangan pengguna media sosial yang rata-rata memuji pendekatan praktikal dan kreatif si ibu.
“Perghh ni kalau saya dapat, macam-macam dah dalam otak nak plan masak. Nasi goreng bunga kantan pun sedapp,” kata Elladine.
Seorang lagi pengguna, Anis Athirah turut kagum dengan idea tersebut.
“Kreatiflah mak-mak sekarang ni. Kita nak bagi camni, sayur pun mahal sekarang ni. Kita bagi alat tulis je,” katanya.
Lebih menarik, perkongsian Ieja turut mencetuskan inspirasi dalam kalangan ibu bapa lain.
Saya pun dapat bunga kantan semalam, siap ada limau purut dan limau nipis. Yang satu lagi dapat santan dengan serbuk kari. Harini dah jadi kari pun. Bunga kantan pula macam nak buat laksa," kata Cikaina02.
Sementara itu, pengguna lain, ThePepatung pula mendedahkan kisah anak murid lain yang menghadiahkan gurunya petai.
“Semalam ada baca, anak murid sekolah pedalaman bagi dia (guru) petai. Budak tu cakap dia tiada duit nak beli hadiah. Petai pun kena elok RM2 sepapan kat luar ni, lagi-lagi yang segar," katanya.
Tidak hanya itu, ada yang mengakui mereka terinspirasi dengan idea kreatif tersebut dan merancang untuk mencubanya pada tahun hadapan.
“Kreatifnya puan. Saya pun suka kalau dapat camni,” kata Akmar Mohamad.
“Usaha ibu memang luar biasa. Anak gembira, cikgu pun gembira,” tambah MsReidSpencer.
“Wahh seronoknya… tak terfikir semalam. Tahun depan boleh buat,” ujar Fatimatunzhara. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram