Bung Mokhtar Ketua Menteri Sabah? Terlalu awal tentukan calon — Khaled Nordin


  • Massa
  • Khamis, 04 Sep 2025

Bung Moktar menawarkan diri sebagai calon Ketua Menteri Sabah menjelang PRN ke-17 tidak lama lagi.

NAIB Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyatakan masih terlalu awal untuk menentukan calon Ketua Menteri Sabah bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 akan datang.

Menurut laporan MalaysiaGazette, Nordin berkata demikian ketika menjawab kenyataan Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang secara terbuka meminta pengundi negeri itu mempertimbangkannya sebagai calon Ketua Menteri.

Jelas Mohamed Khaled, parti belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara tersebut dan semua pihak seharusnya menghormati proses serta perbincangan dalaman parti.

BACA LAGI: Kim Swee miliki kualiti dimahukan - Bung Mokhtar

BACA LAGI: Kes rasuah RM2.8 juta: Bung Mokhtar, Zizie Izette ketahui nasib petang ini

SKANDAR PUTERI, 8 Mac -- Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada temubual oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di pejabatnya di Bangunan Dato' Jaafar Muhammad, Kota Iskandar baru-baru ini.
--fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

Khaled Nordin menyatakan parti itu belum membuat sebarang keputusan berhubung hal tersebut.

“Parti belum buat keputusan. Saya ingat semua orang berhasrat untuk jadi pemimpin tertinggi tetapi itu pun jawapan yang berasaskan kepada soalan sebagainya. Tapi soal itu terlalu awal, premature. Itu sahaja saya boleh kata,” katanya.

Khaled berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri program Syarahan Eksekutif Menteri Pertahanan di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada Khamis yang turut dihadiri Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Mohd Nizam Jaffar.

Katanya, walaupun setiap pemimpin mempunyai aspirasi masing-masing, namun ia bukanlah tiket automatik untuk diangkat sebagai calon Ketua Menteri.

Mohamed Khaled menegaskan, keutamaan Umno ketika ini memastikan jentera parti di Sabah benar-benar bersiap sedia menghadapi PRN berbanding membincangkan soal siapa bakal mengetuai kerajaan negeri.

Umno Sabah belum memutuskan calon Ketua Menteri Sabah bagi PRN akan datang.

Bagaimanapun, Mohamed Khaled menegaskan, isu berkenaan masih terlalu awal untuk dibicarakan.

“Tapi soal itu terlalu awal, belum masanya. Itu sahaja saya boleh kata,” katanya.

Kenyataan itu memberi gambaran parti tersebut masih belum menetapkan pendirian rasmi mengenai calon Ketua Menteri di negeri itu.

Bung Moktar pernah memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri I dan Menteri Kerja Raya Sabah antara 2020 hingga 2023, namun digugurkan daripada Kabinet negeri selepas krisis politik Langkah Kinabalu pada Januari 2023.

Krisis itu tercetus apabila Barisan Nasional (BN) Sabah yang diketuainya menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor sekali gus menyebabkan ketegangan dalam politik negeri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram