Kim Swee miliki kualiti dimahukan - Bung Mokhtar


  • Podium
  • Ahad, 12 Sep 2021

KIM Swee mengadakan perjumpaan dengan dengan Bung Mokhtar. — Facebook

PELANTIKAN Datuk Ong Kim Swee sebagai Ketua Jurulatih baharu Sabah mencerminkan pengurusan pasukan sentiasa mengambil langkah serius untuk mengangkat pasukan itu ke tahap lebih tinggi.

Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (Safa) Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, beliau yakin Kim Swee memiliki kemampuan untuk membentuk pasukan setanding dengan pencabar lain.

"Safa sebagai badan induk bola sepak di Sabah sangat mengalu-alukan usaha yang diambil kelab tersebut," katanya menerusi satu kenyataan.

Pada 29 Ogos lepas Ketua Jurulatih Sabah Kurniawan Dwi Yulianto direhatkan skuad The Rhinos selepas berlaku kemerosotan prestasi dalam saingan Liga Super.

Menerusi kenyataan sama turut mengesahkan yang bekas pengendali Harimau Muda itu sudah pun bertemu Bung Mokhtar dalam satu pertemuan di Kuala Lumpur.

Dalam masa sama, Bung Moktar bertegas yang Safa sebagai badan induk bola sepak negeri itu bertanggungjawab memantau prestasi pasukan supaya tidak lari daripada matlamat asal, meningkatkan mutu bola sepak.

"Peminat bola sepak mengharapkan Sabah FC sentiasa menunjukkan pencapaian yang baik dan pada masa yang sama, SAFA juga sejak dari awal penubuhan kelab profesional ini mahu ia terus cemerlang dalam sukan ini," katanya.

Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan menerima peletakan jawatan Kim Swee sebagai Pengarah Teknikal FAM dan akan mula menjalankan tanggungjawab bersama Sabah 1 Oktober ini.

Dengan perkembangan baharu ini, Bung Mokhtar yakin bahawa Sabah mampu mengembalikan kegemilangan seperti yang pernah dikecapi sebelum ini. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram