Lima negeri dahului Kerajaan Persekutuan, laksana agihan peruntukan sama rata buat YB


  • Politik
  • Khamis, 21 Sep 2023

Ketika pembentangan Bajet 2022, kerajaan Johor mengumumkan pemberian peruntukan sama rata kepada semua 56 ADUN di negeri tersebut. — Gambar hiasan/Bernama

ISU agihan peruntukan antara ahli Parlimen terus menjadi perdebatan hangat di Dewan Rakyat.

Masalah tersebut juga menjadi topik panas kerana difahamkan, ahli Parlimen Pembangkang masih belum mendapat sebarang peruntukan meskipun sudah hampir 11 bulan selepas penubuhan kerajaan.

Malah, ada antara mereka mendakwa situasi tersebut memberikan cabaran dan kekangan buat mereka untuk berkhidmat kepada rakyat di kawasan masing-masing

Sementara itu, di pihak kerajaan pula, mereka memaklumkan bahawa isu tersebut berlaku kerana wakil rakyat daripada pembangkang dilihat tidak memberikan kerjasama yang mencukupi bagi merundingkan perkara tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mac lalu dilaporkan sudah bersetuju secara prinsip untuk memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang seperti diberikan kepada Ahli Parlimen kerajaan.

KUALA LUMPUR, 23 Mei -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan ketika sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Dalam ucapan sama, beliau turut menyatakan sokongannya terhadap langkah pemberian sama rata kepada semua ahli Parlimen termasuk pembangkang.

Bagaimanapun, Anwar berkata ia perlu dimulakan dengan proses rundingan membabitkan kedua-dua pihak terlebih dahulu untuk membincangkan kaedah terbaik selain mencari titik kesefahaman.

Meskipun usaha merealisasikan agihan peruntukan sama rata di peringkat Persekutuan dilihat agak perlahan, namun sebaliknya pula yang berlaku di peringkat negeri.

Ia selepas terdapat beberapa negeri didapati sudah pun melaksanakan dan menyatakan kesediaan untuk memastikan agihan peruntukan sama rata buat kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) masing-masing.

Berikut Majoriti senaraikan lima negeri terbabit:

1. Johor

4ea6af9aea852d86e74e2d6251750e8c5fbf34dd207bb

Bekas Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad. — Bernama

Pada 18 November 2021, kerajaan Johor yang ketika itu di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad mengumumkan pemberian tetap sebanyak RM200,000 setahun kepada setiap ADUN termasuk pembangkang.

Perkara itu diumumkan ketika pembentangan Bajet 2022 negeri Johor.

Menurut Hasni, peruntukan yang akan mula diagihkan kepada kesemua 56 ADUN pada itu boleh digunakan bagi tujuan pengurusan dan pentadbiran di kawasan DUN masing-masing serta bantuan peruntukan kerja kecil di kawasan mereka.

"Bagi memastikan prinsip dan semangat pendemokrasian Yang Berhormat Ahli-ahli DUN Johor memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, kerajaan negeri Johor bersetuju semua Yang Berhomat akan menerima peruntukan tetap sebanyak RM200,000 setiap tahun," jelas Hasni.

2. Perak

Umno opposition leader and KotaTampan assemblyman Datuk Saarani Mohamad speak at the state asssembly meeting.RONNIE CHIN/The Star

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika membentangkan Belanjaawan 2023 Disember tahun lalu mengumumkan bahawa semua ADUN di negeri itu teramsuk pembangkang menerima peruntukan sama rata.

Ia membabitkan nilai keseluruhan sebanyak RM25 juta.

Katanya, setiap ADUN termasuk Speaker DUN diperuntukkan sebanyak RM300,000 merangkumi RM100,000 dalam bentuk 'outright grant' (OG) dan RM200,000 dalam bentuk projek-projek kecil untuk masyarakat melalui Program Pemantapan Infrastruktur Bagi Memacu Kesejahteraan (Pemacu).

Saarani berkata, setiap Pusat Khidmat ADUN pula diperuntukkan sebanyak RM84,000 setahun iaitu kenaikan sebanyak RM2,000 sebulan.

Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama kerajaan negeri di bawah pimpinan Saarani melaksanakan pemberian peruntukan sama rata kepada semua ADUN di Perak.

Langkah serupa pernah dilakukan pada Belanjawan 2022.

Pada ketika ini, DUN Perak terdiri daripada 33 ADUN wakil kerajaan melibatkan wakil daripada Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) manakala pembangkang daripada Perikatan Nasional (PN) pula mempunyai sebanyak 25 ADUN.

3. Perlis

Indera Kayangan assemblymen Gan Ay Ling (PKR)  during the interview after Datuk Seri Azlan Man sworn in as Perlis Mentri Besar before Raja of Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail in Istana Arau in Arau, Perlis on May 24, 2018. / Star pic by MUSTAFA AHMAD / The Star / May 24, 2018.

ADUN Indera Kayangan, Gan Ay Ling.

Pada 3 September lalu, satu-satunya ADUN pembangkang di Perlis, Gan Ay Ling dari PH memaklumkan beliau mendapat peruntukan sama rata seperti wakil rakyat lain di negeri tersebut sejak Mac lalu.

Beliau yang juga ADUN Indera Kayangan dilaporkan berpuas hati dengan layanan kerajaan negeri yang kini dipimpin Menteri Besar Mohd Shukri Ramli.

"Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa. Saya tiada masalah dengan kerajaan negeri sebab fokus kita sama-sama kerja untuk rakyat,” katanya seperti dipetik dalam laporan FMT.

Selain peruntukan, Gan berkata, beliau juga sering diundang dan dilibatkan dengan perbincangan bersama kerajaan negeri, termasuk bagi belanjawan Perlis 2024.

Pada PRU15 lalu, PN memenangi 14 daripada 15 kerusi DUN di Perlis.

4. Kedah

Kedah Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor talking to the press at nomination centre at the Kulim Hi Tech Sports Complex for 15th General Election (GE15) in Kedah. ( November 24,2022 ).  —ZHAFARAN NASIB/The Star

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Sebaik PN disahkan sebagai pemenangan dalam PRN Kedah pada 12 Ogos lalu, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan kerajaan negeri baharu di bawah pentadbirannya akan bersikap adil terhadap ADUN pembangkang dari PH.

Muhammad Sanusi yang kemudiannya diangkat menjadi Menteri Besar buat penggal kedua kedua berkata, bersikap adil terhadap lawan adalah selaras dengan ajaran Islam.

Pada PRN Ogos lalu, PN mengesahkan kemenangan di 33 kerusi DUN untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu dengan majoriti dua pertiga.

Sementara itu, baki tiga kerusi dikuasai PH adalah DUN Kota Darul Aman melalui DAP, selain Sidam dan Bakar Arang melalui PKR.

5. Kelantan

KOTA BHARU, 16 Ogos -- Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud (kanan) mengimbas cap jari pada mesin perakam waktu elektronik pada hari pertama memulakan tugas secara rasmi di Pejabat Menteri Besar, di MABNA MBI, Kompleks Kota Darulnaim hari ini.Turut hadir Timbalan Menteri Besar Kelantan baharu Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan (kiri).--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud (kanan).

Pada 23 Ogos lalu, Menteri Besar Kelantan baharu, Datuk Mohd Nassuruddin Daud mengumumkan bahawa kerajaan negeri itu akan memberikan peruntukan sama rata buat kesemua ADUN termasuk pembangkang.

Dalam sidang medianya selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Exco , beliau berkata, langkah itu diambil kerana berpandangan musim pilihan raya sudah selesai dan setiap ADUN kini mempunyai tanggungjawab kepada rakyat.

"Kita akan berlaku adil kepada semua wakil rakyat tidak kira kerajaan atau pembangkang kerana mereka dipilih oleh rakyat.

"Jadi kita putuskan akan beri peruntukan yang sama, ini berasaskan kepada apa yang disebut dalam al-Quran, jangan kerana kebencian kami kepada sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil.

"Walaupun aliran politik pelbagai namun pilihan raya sudah selesai, yang ada hanyalah wakil kepada rakyat," ujarnya.

Pada PRN yang berlangsung pada 12 Ogos lalu, Pas menerusi PN berjaya memenangi 43 kerusi DUN manakala Barisan Nasional dan PH masing-masing hanya mendapat satu kerusi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram