
UMUM mengetahui keadaan di Indonesia ketika ini semakin meruncing selepas kematian Affan Kurniawan yang dilanggar trak polis ketika menyertai demonstrasi berhampiran Dewan Parlimen Rakyat (DPR) di Jakarta, Indonesia pada Khamis.
Malah pada Jumaat, sebuah bangunan yang terletak di hadapan Markas Komando (Mako) Brimob Kwitang di sini terbakar dalam insiden rusuhan yang tercetus semasa demonstrasi besar-besaran.
Rusuhan itu sekali gus menjadikan beberapa lokasi di negara seberang terutamanya Jakarta bukanlah tempat yang sesuai untuk dikunjungi pelancong pada ketika ini.
BACA LAGI: Pestabola Merdeka, UiTM antara 4 sejarah penting berlaku di bulan Kebangsaan
BACA LAGI: Wanita parah, disyaki ditikam suami warga asing sebelum larikan diri di Banting
Protes yang berlaku di Indonesia bukan sahaja menjadi isu yang menjadi bualan rakyatnya sendiri tetapi turut menarik perhatian masyarakat di seluruh dunia.
Manakan tidak, umum mengetahui rusuhan itu tercetus selepas beratus-ratus rakyat Indonesia turun ke jalan-jalan di Jakarta Selasa lalu kerana membantah pengumuman elaun baharu dan kenaikan elaun bulanan ahli Parlimen di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi negara itu.
Berdasarkan laporan Channel News Asia, elaun perumahan bulanan baharu sebanyak 50 juta rupiah (RM13,000) untuk ahli Parlimen itu adalah hampir 10 kali ganda gaji minimum di Jakarta yang merupakan ibu negara dan bandar terbesar Indonesia.
Lebih menggeramkan lagi, kesemua ahli Parlimen berjoget kegembiraan selepas pengumuman itu dibuat di Sidang Tahunan Indonesia.
Malah aksi-aksi mengjengkelkan rakyat itu juga dirakam dan ditayang di television menjadikan rakyat semakin muak dengan sikap ahli-ahli politik itu yang tidak sensitif dengan isu dan ekonomi rakyat dan ada yang menyifatkan sidang parlimen itu sendiri seperti sebuah sarkas.
BREAKING NEWS: Gedung DPRD NTB ludes terbakar siang ini.pic.twitter.com/rnASULNtgQ
— Extra Time Indonesia (@idextratime) August 30, 2025
Selain isu elaun, rakyat turut membantah kenaikan cukai hartanah, kos pendidikan dan makanan yang melambung, serta pemecatan besar-besaran di sektor swasta.
Gabungan pelajar dan kesatuan buruh seperti Gejayan Memanggil dan Parti Buruh menuntut pemansuhan sistem gaji murah, penghapusan kerja kontrak, dan kenaikan gaji minimum sejajar inflasi.
Kenyataan angkuh beberapa ahli parlimen turut menyemarakkan kemarahan awam seperti Ahmad Sahroni dari Parti NasDem yang menyifatkan rakyat yang menuntut pembubaran Parlimen sebagai 'orang tolol sedunia'.
Penunjuk perasaan pada ketika ini menuntut peletakan jawatan Presiden Prabowo Subianto, pembubaran Parlimen, dan pemecatan Ketua Polis Negara. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram