Amaran KKM: Staf hospital di larang terima hadiah, wang perkhidmatan di bilik mayat


  • Massa
  • Isnin, 14 Jul 2025

KKM menegaskan hospital dilarang sama sekali menerima sebarang bentuk ganjaran atau rasuah bagi perkhidmatan bilik mayat.

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan hospital dilarang sama sekali menerima sebarang bentuk ganjaran atau rasuah bagi perkhidmatan bilik mayat. 

"Kakitangan hospital dilarang menerima sebarang hadiah, sumbangan, bayaran atau dorongan yang boleh dianggap sebagai rasuah atau salah laku dalam pengurusan jenazah pesakit. 

"Ini termasuk memberikan maklumat atau butiran peribadi si mati kepada pihak luar atau individu yang terlibat dalam pengurusan pengebumian," kata KKM dalam satu pekeliling bertarikh 21 April.

BACA LAGI: Selenggara jalan, KKM perlu RM4b — Nanta Linggi

BACA LAGI: Elak bayi kena komplikasi batuk kokol, KKM tawar vaksin Tdap percuma buat wanita hamil

KKM juga menyatakan bahawa sebarang salah laku atau aktiviti rasuah berkaitan perkhidmatan bilik mayat mesti dilaporkan. 

Kementerian juga menyatakan bahawa peranan hospital tamat sebaik sahaja jenazah diserahkan kepada waris.

Tambahnya lagi, pihak keluarga si mati bertanggungjawab menguruskan jenazah, dan pihak hospital tidak dibenarkan mencadangkan sebarang perkhidmatan pengebumian kepada mereka.

Bagaimanapun, hospital boleh memberikan senarai pengendali perkhidmatan pengebumian yang diperoleh daripada majlis agama Islam negeri tetapi terpulang kepada waris untuk memilih perkhidmatan yang diingini.

Kementerian Kesihatan Malaysia.

Hospital tidak menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah seperti memandikan, mengkafankan, mengawet, atau membawa jenazah ke luar negara.

Namun, dalam kes yang melibatkan mangsa kemalangan ngeri, mayat reput, pesakit penyakit berjangkit, atau situasi lain yang dianggap sesuai oleh Jabatan Forensik, pihak hospital boleh menyediakan bilik mandi jenazah sekiranya ada.

“Jabatan Kesihatan Negeri dan pihak berkuasa hospital mesti memastikan garis panduan ini dilaksanakan dengan integriti, berkualiti dan profesionalisme bagi menjamin pengurusan jenazah pesakit dilaksanakan mengikut peraturan,” katanya.

Tahun lalu, lima kakitangan sebuah hospital kerajaan di Seremban sudah didakwa kerana menerima rasuah antara RM600 hingga RM2,250 bagi perkhidmatan bilik mayat antara tahun 2021 dan 2023. — The Star/RAGANANTHINI VETHASALAM

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram