
KEGAGALAN Unit Kuasa Tambahan (APU) dipercayai menjadi punca asap tebal yang kelihatan keluar dari sebuah pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor pada Khamis.
Insiden itu dilaporkan berlaku di Terminal 1 KLIA kira-kira pukul 9.50 pagi.
Menurut sumber, pemeriksaan lanjut yang dijalankan ke atas pesawat terbabit tidak menemui sebarang keabnormalan atau kerosakan yang ketara.
BACA LAGI: Gaji cuma RM3,000 sebulan, CEO Batu mohon rendah jaminan, mengaku tak bersalah tuduhan amang seksual
BACA LAGI: Helikopter PDRM kemalangan dekat jeti Sungai Pulai, 5 termasuk pilot terselamat
Setakat ini, usaha untuk mendapatkan kenyataan rasmi daripada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) masih diteruskan.
Terdahulu, video insiden tersebut telah tular di media sosial, mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai berhubung keselamatan penerbangan.
APU merupakan unit kuasa tambahan yang terletak di bahagian ekor pesawat. Ia merupakan enjin kecil yang membekalkan kuasa elektrik dan pneumatik (udara bertekanan) kepada pesawat ketika enjin utama dihidupkan atau dimatikan. — The Star/JUSTIN ZACK
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram