[VIDEO] Lelaki cabul 3 wanita di bazar Ramadan Temerloh ditahan, beri alasan lama tak berhubungan, hidap HIV


  • 112
  • Khamis, 13 Mac 2025

Tiga wanita tampil membuat laporan polis selepas dipercayai dicabul di Bazar Ramadan Lurah Semantan, Temerloh pada Selasa. 

LELAKI berusia 41 tahun ditahan pada Rabu selepas didakwa mencabul beberapa pengunjung wanita di Bazar Ramadan Lurah Semantan, Temerloh, Pahang. 

Suspek yang masih menganggur melakukan kegiatan tidak bermoral itu dengan alasan sudah lama tidak melakukan hubungan intim kerana menghidap HIV positif sejak 13 tahun lepas.

Kejadian itu terbongkar selepas rakaman perbuatannya menjadi tular di platform TikTok pada Selasa.  

@zackrazbundle Kejadian harini 11/3 2025 hati-hati dengan pakcik baju biru cair pakai topi ! #sexualharassmen original sound - Zack

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, tiga wanita tampil membuat laporan polis, sebelum suspek berjaya diberkas di lokasi kejadian pada Rabu.  

Mazlan berkata, mangsa pertama yang berusia 26 tahun dicabul pada 6 Mac, manakala dua lagi mangsa berusia 23 dan 27 tahun mengalami kejadian sama pada Isnin lalu.  

"Siasatan mendapati suspek bertindak dengan sengaja melanggar badan mangsa sebelum menyentuh bahagian sensitif mereka menggunakan tangan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.  

Tindakan suspek berjaya dirakam oleh seorang saksi awam yang juga pemilik akaun TikTok @zackrazbundle sebelum video tersebut tersebar di media sosial.  

Hasil siasatan mendapati suspek mengakui perbuatannya dan memiliki lima rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah.  

Suspek kini ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram