Harga makanan di bazar Ramadan dijangka naik, pembeli kena bijak buat perbandingan sebelum beli


  • Massa
  • Jumaat, 21 Feb 2025

Zul Azizi (kanan) memilih untuk mengekalkan harga jualan nasi ayam goreng kunyit pada tahun ini.

PENGUNJUNG bazar Ramadan dinasihatkan untuk membuat perbandingan harga apabila mengunjungi bazar Ramadan pada bulan puasa.

Kenaikan harga barangan mentah dipercayai akan mempengaruhi harga makanan yang dijual di bazar-bazar Ramadan termasuk di Johor Bahru, Johor. 

Pengerusi Persatuan Pengguna Bumiputera Johor, Syed Abdullah Syed Mohamed berkata, pengguna harus bijak membandingkan harga agar pembelian mereka lebih berbaloi.

Beliau berkata, sesetengah peniaga bazar Ramadan mungkin meningkatkan harga jualan mereka pada tahun ini. 

BACA LAGI: [VIDEO] Saf wanita khusyuk solat, tak perasan lelaki buat onar terhadap budak dalam masjid di Batang Kali

BACA LAGI: Jasad 'otai' memancing ditemukan lemas, terapung 2.5 km dari lokasi jatuh jeti di Kuala Rompin

"Berbelanja secara berhemah ketika membeli makanan untuk berbuka puasa dan paling penting, elakkan pembaziran," kata Syed Abdullah.

Bulan puasa dijangka bermula pada 1 atau 2 Mac. 

Sementara itu, seorang penjual nasi beriani, Nurazlinah Nasiman yang menjalankan perniagaan di Bazar Ramadan Jalan Layang di Taman Perling berkata, dia tiada pilihan selain daripada menaikkan harga jualan. 

"Kos bahan mentah telah meningkat," katanya. 

Nurazlinah sudah berniaga nasi beriani di bazar selama 16 tahun. 

Dia berkata, nasi beriani ayam dijual pada harga RM10 pada tahun lepas tetapi harganya akan meningkat kepada RM12 pada bulan hadapan. 

Beriani daging pula akan meningkat naik kepada RM15 berbanding RM13 sebelum ini, manakala beriani kambing yang berharga RM20 dinaikkan harga daripada RM16. 

Beliau berkata, ayam mentah kini dijual pada RM8.90 sekilogram berbanding RM7.80 sekilogram sebelum ini, manakala kambing, yang berharga RM28 sekilogram pada tahun lepas telah meningkat kepada RM32 sekilogram. 

Daging lembu pula telah meningkat daripada RM25 sekilogram kepada RM28 sekilogram, katanya. 

"Rempah beriani juga meningkat daripada RM29 sekilogram pada tahun lepas kepada RM36 sekilogram. 

"Satu guni bawang merah seberat 3 kilogram juga berharga RM12 berbanding RM10," katanya.

Dia berharap pengunjung bazar, terutamanya pelanggan tetap, akan memahami bahawa kenaikan harga tidak dapat dielakkan. 

Penjual Bazar Ramadan Perling Mall Zul Azizi Dazar pula yang telah beroperasi di tapak itu selama empat tahun, memutuskan untuk mengekalkan harga jualan makanannya pada tahun ini.

"Saya menaikkan harga nasi ayam goreng kunyit dan nasi goreng kunyit pada tahun lepas, jadi dikhuatiri majoriti pelanggan akan menyedari jika saya menaikkan harga lagi tahun ini," katanya. — TheStar/ZAZALI MUSA 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram