
PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dalam pembangunan kenderaan elektrik (xEV) generasi akan datang.
MoU itu termasuk rancangan untuk mendidik dan melatih jurutera masa depan dalam membangunkan teknologi baharu yang berkaitan dengan xEV.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, syarikat itu berharap untuk meneroka masa depan yang membolehkan Malaysia membangunkan teknologi xEVnya sendiri.
BACA LAGI: Muka bayi kemerahan disyaki dimandikan dengan air suam, polis siasat pengasuh di Kuantan
BACA LAGI: Hilang 5 hari lepas keluar bawa lembu, lelaki OKU ditemukan lemah dengan kesan luka di Raub
UTM menandatangani MoU dengan Perodua untuk bekerjasama dalam pembangunan xEV generasi akan datang.
“Dengan MoU ini, Perodua mengorak langkah lebih jauh daripada mandat asal kami daripada menjadi kenderaan pemindahan teknologi kepada menjadi entiti yang memacu pembangunan teknologi,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (penyelidikan dan inovasi) UTM, Prof Dr Rosli Md Illias berkata, kerjasama itu menekankan kepentingan merapatkan jurang antara akademik dan industri.
Ia dibuat bagi melengkapkan graduan dengan kemahiran dan pengetahuan penting.
Perkongsian itu akan memperkasa pelajar dan penyelidik UTM, menjadi model kerjasama antara ahli akademik dan industri serta memastikan Malaysia kekal kompetitif dalam sektor automotif global.
MoU itu juga akan mewujudkan makmal satelit di kampus utama UTM yang terletak di Skudai, Johor.
"Perodua dan UTM akan bekerjasama secara aktif dalam bidang akademik, penyelidikan dan pembangunan, serta program pembangunan bakat dan latihan untuk kakitangan masing-masing," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram