Hilang 5 hari lepas keluar bawa lembu, lelaki OKU ditemukan lemah dengan kesan luka di Raub


  • 112
  • Isnin, 20 Jan 2025

Lelaki OKU yang dilaporkan hilang selepas keluar membawa lembu ke sebuah ladang sawit berhampiran rumahnya di Kampung Ulu Atok, Sega, Raub, Pahang ditemui selamat pada Ahad.

SEORANG pengembala lembu berusia 44 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar membawa lembu ke sebuah ladang sawit berhampiran rumahnya di Kampung Ulu Atok, Sega, Raub, Pahang ditemukan selamat pada Ahad.

Polis Raub dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan bahawa mangsa dijumpai dalam keadaan lemah dengan luka-luka kecil pada badan serta berkaki ayam.

Mangsa, Zulkifli Ramli, yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) ditemui pasukan penyelamat sekitar pukul 3.30 petang di lokasi kira-kira 2.2 kilometer dari rumahnya.

"Lelaki itu dibawa ke Hospital Lipis untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan itu.

BACA LAGI: Dari jurutera awam ke pemanah berkuda, Shaidin turunkan ilmu kepada anak sehingga menjadi juara

BACA LAGI: Dari krim kek ke cat kanvas, Satira Diana gabung jawi, pantun Melayu klasik hasilkan karya sarat mesej mendalam

6082575248177349139

Zulkifli Ramli ditemui selamat selepas hilang sejak Rabu lepas.

Susulan penemuan mangsa, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa telah ditamatkan.

Sebelum ini, tular berita mengenai pihak polis yang meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan mangsa yang dilaporkan hilang sejak Rabu lepas.

Pada Khamis, ahli keluarga mangsa tampil membuat laporan polis selepas mnendapati mangsa tidak pulang ke rumah.

Operasi SAR juga digerakkan sejak Khamis minggu lepas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram