MBDK tutup kedai cat kereta haram di Klang, kenakan kompaun RM1,000 selepas dapat kompelin penduduk


  • Primer
  • Khamis, 16 Jan 2025

Sebuah kedai mengecat kereta di Klang, Selangor diarah tutup oleh MBDK kerana beroperasi secara haram. — The Star

MAJLIS Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mengarahkan sebuah bengkel mengecat kereta tidak berlesen di Jalan Sungai Pinang, Klang, Selangor berikutan aduan penduduk berhampiran berhubung asap berbahaya dan bunyi mesin yang kuat.

Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat MBDK, Norfiza Mahfiz berkata, bengkel haram itu diarah tutup selepas beroperasi selama beberapa bulan.

Norfiza berkata, pihaknya mengeluarkan notis kepada pemilik kedai supaya menghentikan operasi kerana ia dijalankan secara haram dan menimbulkan gangguan kepada penduduk.

BACA LAGI: Thailand seru rakyat bekerja di Malaysia pulang semula ke kampung halaman, teroka peluang baharu

BACA LAGI: [VIDEO] Makin kritikal, hujan lebat berterusan punca Sandakan ditenggelami banjir kilat

Pihaknya juga mengarahkan pemilik bengkel untuk mengalihkan mesin di dalam dan sekitar premis," katanya.

Norfiza berkata, notis menghentikan operasi itu dikeluarkan di bawah Undang-undang Kecil Perlesenan, Perdagangan, Perniagaan dan Perindustrian (MPK) 2007 majlis bandar raya itu.

"Kami akan memantau tapak untuk memastikan tiada perniagaan haram beroperasi di sini.

"Sementara itu, terdapat tujuh premis yang menjalankan pusat asuhan kanak-kanak dan rumah orang tua di Bandar Bukit Tinggi didapati beroperasi secara haram.

"Pemeriksaan kami minggu lalu mendapati hanya seorang tidak memperbaharui lesen manakala yang lain tidak berlesen," tambahnya.

Kesemua mereka dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang di bawah Undang-undang Kecil Pelesenan, Perdagangan, Perniagaan dan Perindustrian (MPK) 2007. — The Star/EDWARD RAJENDRA

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram