KERAJAAN Thailand menggesa rakyatnya yang bekerja di Malaysia pulang dan memanfaatkan peluang pekerjaan baharu yang ada di negara itu.
Gabenor Narathiwat, Trakul Thotham berkata, kebanyakan warga Thailand terutama dari wilayah Selatan seperti Narathiwat, Yala dan Pattani berhijrah ke Malaysia untuk bekerja khususnya dalam sektor perladangan dan pembinaan susulan gaji yang lebih tinggi.
Katanya, ramai juga yang bekerja di Malaysia termasuk di restoran sebagai tukang masak atau pelayan.
BACA LAGI: [VIDEO] Makin kritikal, hujan lebat berterusan punca Sandakan ditenggelami banjir kilat
Kebanyakan rakyat Thailand datang ke Malaysia untuk bekerja kerana nilai mata wangnya yang tinggi. — Gambar hiasan
Namun, dengan pemulihan ekonomi Thailand, pihaknya berharap mereka kembali membantu membangunkan negara sendiri.
"Kadar pertukaran mata wang yang lebih tinggi juga menjadi tarikan utama di samping sambutan hangat untuk masakan Thai di restoran dikendalikan oleh warga Thailand di Malaysia.
"Kerajaan Thailand kini menawarkan pelbagai bentuk sokongan kepada mereka yang ingin kembali termasuk peluang dalam sektor pertanian.
"Walaupun gaji mungkin tidak sepadan dengan gaji di Malaysia, kami yakin, dengan bantuan kerajaan mereka boleh menjalani kehidupan yang selesa di Thailand," katanya.
Beliau pada masa sama menegaskan bahawa kerajaan memberi tumpuan kepada keselamatan dan kesejahteraan bagi memastikan rakyat dapat menjalani kehidupan yang lebih baik.
"Hanya dengan keamanan manusia boleh bekerja dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara," tambahnya.
Difahamkan, seramai lebih 10,000 warga Thailand kini bekerja di Malaysia terutamanya di negeri sempadan dan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram