[VIDEO] Famili mangsa buat repot polis, pemandu kereta mewah terbakar sebelum Plaza Tol SPE didakwa terlibat langgar lari


  • Tular
  • Isnin, 16 Dis 2024

Tangkap layar kereta Mercedes Benz 450 dipercayai melanggar seorang penunggang motosikal sebelum kenderaannya terbakar.

TULAR satu kejadian membabitkan sebuah kereta Mercedes Benz 450 musnah dalam kebakaran di Kilometer 18 Lebuh Raya Setiawangsa-Pantai (SPE) sebelum Plaza Tol Wangsa Maju di ibu negara pada Ahad.

Pihak bomba memaklumkan kebakaran berlaku berpunca dari bahagian enjin kereta, namun pemandu wanita terbabit sempat menyelamatkan diri.

Difahamkan, berlaku satu kejadian langgar lari membabitkan kereta berkenaan dengan sebuah motosikal sebelum insiden kebakaran itu.

BACA LAGI: [VIDEO] Nilai sama Jese Rodriguez, ex bintang PSG, AC Milan antara 4 'free agent' wajar jadi sasaran JDT, Selangor musim depan

BACA LAGI: Bola sepak Kelatan bakal kembali ke Liga Super dengan identiti baharu?

Main Pix - 1

Tangkap layar Instagram Syahrizah berkenaan keadaan mangsa.

Turut tular pada Ahad, sebuah video kejadian dan gambar mangsa langgar lari mengalami kecederaan teruk di muka.

Memetik laporan Astro Awani, kakak mangsa yang dikenali sebagai Syahrizah Saini mengesahkan adiknya dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Mukanya cedera teruk, berdarah tidak berhenti. Doktor telah beri dia (mangsa) makan pil untuk memberhentikan pendarahan.

"Buat masa ini mangsa berada dalam keadaan tidak stabil dan mengalami masalah ingatan,” kata Syahrizah.

Terkini keluarga mangsa juga sudah membuat laporan polis berkenaan pemandu terbabit dan difahamkan suspek telah dihubungi oleh pihak polis.

Menurut Syahrizah dalam Instagram miliknya, suspek telah menyerahkan diri kepada pihak polis untuk melakukan siasatan lebih lanjut berkenaan insiden tersebut.

"Mereka (pihak polis) menelefon pemandu Mercedes itu. Mula-mula dia tidak mengaku. Kemudian polis menyatakan pihaknya mempunyai pelbagai bukti berhubung kejadian tersebut.

"Selepas itu suspek (pemandu Mercedes) mula bertanyakan keadaan penunggang motosikal.

"Alhamdulillah lelaki itu kini telah menyerahkan diri kepada pihak polis dan saya berharap segala siasatan berjalan dengan sangat lancar," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram