WARGA emas ditemui maut selepas dihempap pokok tumbang di kebunnya yang terletak di Jalan Teras, Bentong, Pahang pada Isnin.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa, Lee Pik Chee, 67, beralamat di Taman Bukit Chamang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Zulfadli berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.23 petang.
BACA LAGI: Panik ada lintah di badan? Ikuti 3 langkah selamat dan efektif lepaskan diri daripada gigitan
BACA LAGI: Nikmati keindahan Melaka di Casa del Rio, gah dengan sentuhan Baba Nyonya
"Lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bersama dua jentera dikerahkan ke tempat kejadian.
"Pasukan bomba menaiki kenderaan pacuan empat roda ke lokasi kejadian berikutan tiada akses jentera bomba dan berjalan kaki kira-kira 1.5 kilometer ke lokasi kejadian," katanya.
Usaha mengeluarkan mangsa segera dilakukan dengan memotong bahagian pokok menggunakan gergaji rantai dan kes diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram