POLIS kini sedang mengesan seorang wanita yang mendakwa kononnya akan melangsungkan perkahwinan dengan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, susulan hantaran tular di media sosial baru-baru ini.
Menurut Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, pihaknya sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana fitnah dan penyalahgunaan perkhidmatan rangkaian.
"Kita siasat perkara ini dan dalam tindakan mengesan suspek," katanya.
BACA LAGI : [VIDEO] Jiran dari neraka tular pegang parang, ditahan polis buat kali ke-2 lepas ugut bunuh di Kluang
Selasa lalu, Istana Pahang menafikan sebarang perancangan perkahwinan melibatkan Tengku Hassanal dengan seorang wanita, yang kononnya akan berlangsung April tahun depan.
Menurut Pengelola Bijaya Diraja Utama Sultan Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya, dakwaan itu adalah tidak berasas dan berunsur fitnah.
Hantaran tular itu dimuat naik di Instagram oleh pengguna bernama Faridah Daud (faridah.daud_l), yang mendakwa dirinya bakal melangsungkan perkahwinan dengan Tengku Hassanal.
Wanita itu juga didakwa memberikan butiran palsu mengenai majlis perkahwinan diraja itu yang mencetuskan kekeliruan dan menjadi bahan spekulasi di media sosial. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram