Datuk Vida dakwa plaintif dalam kes rampasan aset tiada waran masuk rumah


Datuk Vida (kiri) mendakwa rampasan berlaku ketika ketiadaan dirinya ketika itu.

USAHAWAN barangan kosmetik popular, Datuk Seri Hasmiza Othman mendakwa plaintif dalam kes rampasan asetnya tidak mempunyai waran untuk memasuki kediamannya.

Datuk Seri Vida atau juga dikenali sebagai Datuk Vida mendakwa, plaintif memasuki perkarangan rumah itu dengan kerjasama pekerjanya tetapi tanpa pengetahuannya.

"Sebab penghakiman untuk kepentingan satu pihak hanya didedahkan kepada saya pada hari rampasan aset.

"Kakitangan tidak dapat menghubungi saya kerana saya dalam perjalanan, jadi mereka buat keputusan sendiri. Saya kemudian dimaklumkan ada rampasan berlaku.

"Sepatutnya ada dokumen lain. Yang merampas aset ada, tetapi tiada dokumen membenarkan plaintif masuk," katanya dalam siaran langsung di TikTok pada Selasa.

BACA LAGI: Mahkamah sita aset Datuk Vida kerana hutang syarikat pembinaan lebih RM1 juta

BACA LAGI: Datuk Seri Vida persoal tuntutan sita, arah peguam teliti dokumen berkaitan sebelum ambil tindakan undang-undang

6213156612051420112

Datuk Vida menjelaskan bahawa plaintif tiada waran untuk memasuki rumahnya.

Pada Isnin lalu, Datuk Vida dilaporkan tidak membayar hutang sebanyak RM1,060,285 untuk pengubahsuaian kilangnya di Shah Alam, Selangor apabila ia diubah suai menjadi studio pada 2018.

Susulan itu, sebanyak empat kereta mewahnya dirampas bersama semua barangan di dalam rumah.

Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak kemudiannya mengeluarkan arahan untuk Datuk Vida menyelesaikan hutangnya kepada syarikat pembinaan itu pada 29 Oktober.

Datuk Vida kini diberi masa sehingga 9 Disember untuk menjelaskan baki hutangnya atau aset yang dirampas akan dilelong, kata peguam syarikat terbabit. — The Star/IMRAN HILMY

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram