Penjawat awam Selangor terima bonus 2 bulan gaji


  • Primer
  • Jumaat, 15 Nov 2024

Pemberian itu dibuat sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri terhadap sumbangan penjawat awam sekitar Selangor.

PENJAWAT awam sekitar Selangor akan menerima bonus dua bulan gaji di bawah Bantuan Khas Kewangan (BKK) yang diedarkan secara berperingkat.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari membuat pengumuman itu ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2025 di Shah Alam, Selangor pada Jumaat sebagai tanda penghargaan kepada komitmen penjawat awam dalam membantu perkembangan negeri.

"Saya berbesar hati mengumumkan bahawa BKK ini adalah tambahan bagi dua lagi BBK sebanyak sebulan setengah yang diberikan sebelum ini, iaitu pada 1 Februari dan Aidilfitri lalu.

BACA LAGI: Penjawat awam terima RM500 'duit raya' Aidilfitri mulai Jumaat

BACA LAGI: Risiko bercampur bahan kimia, KKM larang guna akuarium jual air

NO CAPTION, MUST USE CREDIT: KK SHAM/The Star

Pengumuman Amirudin itu sudah tentu memberi kegembiraan kepada penjawat awam sekitar Selangor.

"Ini meliputi pelbagai syarat ditetapkan dengan bayaran satu bulan akan diberikan pada 31 Disember (fasa pertama BKK) dan selebihnya akan dibayar pada 25 Mac depan pada sambutan Aidilfitri," katanya.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, sepanjang 2024, Selangor sudah meraih pelbagai pencapaian, termasuk menjadi negeri pertama merekodkan aktiviti ekonomi bernilai RM400 bilion.

"Tambahan itu, nilai dan kutipan daripada hasil negeri melebihi sasaran dari tahun ke tahun meskipun Covid-19 melanda yang menyaksikan kedudukan kewangan negeri meningkat RM715 juta kepada RM4.36 bilion.

“Semua ini adalah hasil kesungguhan, usaha dan komitmen seluruh pasukan, ketua jabatan, termasuk pegawai di kesemua sembilan daerah termasuk 12 PBT,” katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram