
TIKTOK Shop 11.11 Mega LIVE Showdown yang berlangsung pada Ahad (10 November 2024) berjaya menarik lebih 5 juta tontonan daripada rakyat Malaysia.
Siaran langsung selama empat jam itu juga memberikan peluang kepada penonton untuk berinteraksi bersama pencipta konten tempatan kegemaran, selain memberi peluang kepada pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta pemilik jenama tempatan bermula pukul 7 malam.
Pada masa sama, sokongan luar biasa daripada rakyat di seluruh negara juga menghasilkan kira-kira 80,000 pesanan siaran langsung pada malam itu.
BACA LAGI: TikTok Shop suntik baucar RM11 juta sempena Jualan Mega 11.11
BACA LAGI: Anak didik pertama sifu M Nasir, lukisan mural Joey Daud pernah ditempah Sultan Johor
“Melalui segmen khas #JomLokal semasa siaran langsung, TikTok Shop mengukuhkan komitmen kami untuk memperkasakan PKS tempatan dengan memberi tumpuan kepada produk buatan Malaysia.
"Sangat mengujakan melihat jenama-jenama buatan Malaysia seperti Dapur Pak Amir, Shiffa Curry Powder, dan Empat Beranak, bersinar di pentas, bukan sahaja di hadapan ribuan penonton yang hadir secara fizikal di stadium, tetapi juga ditemui oleh jutaan penonton menerusi siaran langsung TikTok Shop dan siaran TV3 malam ini,” kata Ketua Komunikasi Pemasaran, TikTok Shop Malaysia, Nur Aisya Rosly.
Pertunjukan ini disiarkan secara langsung di @tiktokshop_my dan di TV3, menampilkan barisan promosi, diskaun, dan baucar yang menarik untuk pembeli dalam talian menikmati penjimatan eksklusif pada TikTok Shop 11.11 Mega Sale, yang berlangsung hari ini, 11 November 2024.
Lima belas pencipta konten terkemuka bersiaran langsung selama empat jam tanpa henti dari Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam
Dengan kehadiran pencipta terkemuka seperti @khairulaming, @yang, @neelofa, @sallywhoo, @dearcarynn, @tulippetals, dan ramai lagi dalam siaran langsung pada 10 November, penonton yang menonton menikmati pengalaman Shoppertainment yang menarik, di mana hiburan dan membeli-belah digabungkan.
Beberapa penonton yang bertuah juga memenangi peluang untuk membawa pulang sebuah Myvi, Honda ADV 160, Honda Wave, dan banyak lagi.
Siaran langsung ini mendapat sokongan padu daripada komuniti pembeli, pencipta, penjual, dan rakan kongsi TikTok Shop, termasuk Maybank, Bulan Bintang, Oatside, Hausboom, Maggi, Munchy’s, Elianto, dan 888 Tea & Coffee, yang semuanya menyumbang kepada kejayaan acara ini.
Dengan TikTok Shop 11.11 Mega Sale mencapai kemuncaknya pada 11 November 2024, hari terakhir jualan dalam talian terbesar tahun ini, rakyat Malaysia boleh terus menikmati banyak baucar penghantaran percuma di seluruh platform, yang boleh digabungkan dengan baucar Diskaun Platform dan Diskaun Penjual.
Seterusnya, pembeli boleh menjimatkan sehingga tiga kali ganda, terutamanya apabila membeli tawaran Harga Hangat yang menampilkan potongan harga sehingga 80% daripada jenama terkenal seperti Sony, Farm Fresh, Skintific, GB Gold, dan banyak lagi*.
Untuk maklumat lanjut, sila layari TikTok Shop di: https://snssdk1180.onelink.me/BAuo/7op54py4. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram