Kali terakhir dilihat berseluar dalam keluar bar, remaja China ditemukan mati dekat parkir sekolah di Jalan Duta Kiara


  • 112
  • Ahad, 10 Nov 2024

Xiangming kali terakhir dilihat di kawasan Solaris Mont Kiara pada kira-kira pukul 2 pagi pada Sabtu.

SEORANG lelaki warga China yang dilaporkan hilang sebelum ini ditemui mati berhampiran sebuah sekolah swasta di Kuala Lumpur.

Berita kehilangan remaja berusia 18 tahun yang dikenali sebagai Patrick @ Qiu Xiangming itu sebelum ini tular media sosial apabila difahamkan dia hilang tanpa berpakaian lengkap dan hanya berseluar dalam.

Xiangming ditemui mati di tempat letak kereta di sekolah swasta tersebut di Jalan Duta Kiara kira-kira pukul 9 pagi Sabtu.

BACA LAGI: Polis Thailand nafi sengaja perangkap 6 rakyat Malaysia termasuk artis Kelantan

BACA LAGI: Langgar pelajar di Ipoh: Bukti sahkan berlaku perlanggaran antara motosikal dan kereta pegawai polis

isi dalam dalam

Hebahan kehilangan Xiangming di media sosial.

Kenyataan penuh mengenai kematian itu dijangka dikeluarkan oleh polis Kuala Lumpur susulan bedah siasat untuk mengesahkan punca kematian.

Xiangming kali terakhir dilihat di kawasan Solaris Mont Kiara pada kira-kira pukul 2 pagi pada Sabtu dan laporan telah dibuat mengenai kehilangannya pada kira-kira pukul 4 pagi. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram