[VIDEO] Kembalikan GST, kenakan levi petrol supaya sistem subsidi dan pencukaian negara lebih efisien — Ka Siong


  • Massa
  • Isnin, 28 Okt 2024

Ka Siong (Gambar kecil) tetap mengulangi pendirian agar pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikembalikan supaya sistem subsidi dan pencukaian negara lebih efisien.

PRESIDEN MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong tetap mengulangi pendirian agar pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikembalikan supaya sistem subsidi dan pencukaian negara lebih efisien.

Ka Siong menerusi satu hantaran video berdurasi dua minit di Facebook miliknya berkata, cadangan itu perlu dibuat berdasarkan kajian mengenai Bajet 2025 dan difahamkan hutang negara telah mencecah RM1.2 trilion.

“Ini hampir dua kali ganda berbanding era sebelum 2018, tetapi saya mahu mengulangi pendirian saya mengenai cara yang lebih baik untuk meningkatkan pendapatan kerajaan melalui cukai dan subsidi iaitu melalui GST.

BACA LAGI: [VIDEO] Pekerja kilang di China temui ajal kepala tersepit ketika cuba keluarkan kertas tersekat pada mesin

BACA LAGI: [VIDEO] Rami Nator 'mengamuk', korbankan 5 askar Israel dalam serangan trak di ibu pejabat Mossad

"Ada ruang untuk manipulasi cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

"Sebab itu kerajaan terpaksa melaksanakan usaha lain seperti e-invois untuk menanganinya namun agak menyusahkan semua orang," katanya pada Isnin.

Jelas Ka Siong lagi, GST lebih adil kerana ia adalah cukai berdasarkan perbelanjaan mereka yang berbelanja boros untuk barangan mewah atau kereta mewah.

Selain itu, menurutnya, levi petrol juga perlu dikenakan terhadap pengguna semasa proses pembaharuan cukai jalan setiap tahun.

"Kalau seseorang itu mampu membeli kereta lebih RM300,000 atau RM500,000, mereka pasti mampu membayar kos tambahan contohnya RM2,600 setahun sebagai levi petrol.

"Hanya satu harga petrol bersubsidi diperlukan di seluruh negara dan kerajaan masih dapat mengutip dana daripada golongan berkemampuan," katanya

Tambah beliau lagi, seperti yang dibangkitkan di Parlimen baru-baru ini, kaedah itu juga lebih mudah berbanding sistem subsidi dua peringkat yang dicadangkan kerajaan.

"Di sini hanya satu harga petrol bersubsidi diperlukan di seluruh negara dan kerajaan masih boleh mengutip dana daripada mereka yang berkemampuan,” katanya.

Beliau mengingatkan jangan lupa bahawa sebelum 2018, kerajaan pimpinan Barisan Nasional ketika itu digelar zalim kerana tidak menurunkan harga petrol.

"Dulu, ia adalah janji Pakatan Harapan (PH) untuk menurunkan harga petrol," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram