BEKAS Presiden Bolivia, Evo Morales pada Ahad mendakwa beliau terselamat daripada cubaan membunuh pada Isnin.
Memetik laporan media antarabangsa, Morales yang tidak mengalami kecederaan menyalahkan kerajaan atas serangan itu, yang disebutnya sebagai gagal ekoran daripada kekalahan politik kerajaan yang telah kehilangan legitimasi di mata rakyat Bolivia.
Namun, kerajaan menafikan sebarang penglibatan dan satu kertas siasatan telah dibuka berhubung insiden berkenaan.
BACA LAGI : [VIDEO] Pekerja kilang di China temui ajal kepala tersepit ketika cuba keluarkan kertas tersekat pada mesin
BACA LAGI : [VIDEO] Rami Nator 'mengamuk', korbankan 5 askar Israel dalam serangan trak di ibu pejabat Mossad
Serangan yang didakwa itu berlaku di tengah-tengah ketegangan politik yang semakin memuncak di Bolivia, dengan Morales yang memimpin negara itu dari 2006 hingga 2019, sedang menggerakkan penyokongnya selepas dihalang daripada bertanding semula dalam pilihan raya akan datang berikutan keputusan mahkamah perlembagaan.
Morales berkata, dia sedang menuju ke sebuah stesen radio di jabatan Bolivia tengah Cochabamba apabila dua kenderaan memintas keretanya sebelum empat individu bertopeng berpakaian serba hitam dan bersenjata keluar daripada dua kenderaan dan mula melepaskan tembakan.
Morales turut memuat naik sebuah video di media sosial yang kelihatan menunjukkan kesan tembakan pada keretanya serta seorang pemandu yang cedera.
Melalui video tersebut, Morales menunjukkan mereka diserang secara tiba-tiba dan 14 butir peluru telah menembusi kereta yang dinaikinya itu.
Morales memuat naik kenyataan daripada partinya, Gerakan Menuju Sosialisme (MAS), di profil Instagram peribadi miliknya, yang menyalahkan serangan itu ke atas Presiden Bolivia sekarang, Luis Arce, serta dua menterinya.
Namun, kenyataan tersebut tidak menyertakan bukti untuk menyokong dakwaan tersebut.
Sementara itu, Arce mengecam keganasan politik dan berkata, beliau telah mengarahkan 'siasatan segera dan menyeluruh' terhadap serangan yang tersebut melalui satu kenyataan di laman X (Twitter) miliknya.
Pada masa sama, Timbalan Menteri Keselamatan Bolivia, Roberto Rios berkata, pihaknya akan menyiasat dakwaan tersebut, termasuk kemungkinan 'serangan palsu' yang direka oleh Morales, menurut laporan agensi berita milik kerajaan, Agencia Boliviana de Información (ABI). — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram