
SAMPAH yang dibiarkan berlonggokan di lorong belakang Jalan Sultan di Chinatown Kuala Lumpur sudah dibersihkan, kata Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).
Dalam satu kenyataan, SWCorp berkata, pemeriksaan dijalankan di tapak berkenaan pada 18 Oktober dan mendapati pengumpulan sisa di situ terkawal.
"Alam Flora Sdn Bhd meletakkan enam tong sampah 660 liter di lokasi kutipan sampah.
BACA LAGI: Penduduk pening kepala rumah jadi kafe di Ipoh buat jalan sesak, ganggu privasi jiran tetangga
BACA LAGI: ‘Chinatown’ kurang pelancong angkara sampah sarap di Jalan Sultan
"Isu itu berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pengusaha perniagaan dan orang awam yang sering mengambil mudah dengan hanya membuang sampah tanpa mengambil kira kesan terhadap alam sekitar.
"Sifat negatif ini lah yang mengakibatkan kawasan sekitar kelihatan tidak terurus dan kotor, dengan sisa berselerak di merata tempat," tambahnya.
Laporan StarMetro pada 18 Oktober lalu.
SWCorp berkata demikian sebagai respons kepada laporan StarMetro pada 18 Oktober.
SWCorp berkata lagi, kesemua sampah sudah dibersihkan manakala tong sampah berpusat yang disediakan untuk entiti komersial dan orang ramai akan dipindahkan ke Lorong Sultan.
Sebagai langkah pencegahan, SWCorp berkata, pihaknya mengarahkan Alam Flora untuk menyediakan kutipan sampah berjadual untuk kawasan itu dan sekitarnya bagi memastikan tapak itu kekal bersih.
Kutipan sampah akan dijadualkan dua kali sehari kecuali pada Ahad, sementara pembersihan jalan akan dijalankan tiga kali sehari.
"SWCorp juga mengadakan dialog bersama Persatuan Peniaga Petaling Street untuk mengelakkan isu ini berulang.
"Kami menasihatkan orang awam dan peniaga untuk tidak membuang sampah di kawasan yang tidak dibenarkan kerana ia adalah satu kesalahan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).
SWCorp turut memberi amaran bahawa mereka yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak kurang RM10,000 dan tidak lebih RM100,000, atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun, atau kedua-duanya.
Ahli Lembaga Penasihat Kuala Lumpur, Carmen Leong berkata, berikutan perbincangan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, tong sampah individu akan diberikan kepada beberapa perniagaan di sepanjang Jalan Sultan, di mana lori sampah boleh masuk ke lorong belakang.
“Bagi perniagaan di mana lori sampah tidak boleh masuk ke lorong belakang, mereka perlu menggunakan tong sampah berpusat.
“Pemilik kedai dan peniaga digesa membuang sampah dengan betul dengan membuangnya ke dalam tong sampah,” katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram