![](https://apicms.majoriti.com.my/uploads/images/2024/10/18/2971422.jpeg)
TONG sampah berpusat yang terletak di Chinatown Kuala Lumpur akan dipindahkan ke lokasi berhampiran pada bulan hadapan.
Ini berikutan aduan daripada pemilik perniagaan sepanjang Jalan Sultan bahawa lokasi semasa tong sampah di belakang kedai mereka telah menjejaskan perniagaan.
Pemilik Fung Wong Biscuit Shop, Melvin Chan berkata, bau busuk daripada tong sampah yang diletakkan berhampiran pintu belakang kedainya dan sebuah sekolah adalah satu 'turn off'.
BACA LAGI: Penduduk pening kepala rumah jadi kafe di Ipoh buat jalan sesak, ganggu privasi jiran tetangga
BACA LAGI: [VIDEO] Tuhan bayar 'cash', pencuri maut terperosok bawah bas lepas larikan telefon warga emas
"Orang ramai mempunyai tabiat untuk membuang sampah di lorong belakang dan juga luar tong sampah," katanya sambil meminta pihak berkuasa untuk mengalihkan tong sampah berikut secepat mungkin.
Pengerusi Rukun Tetangga Petaling Street, Datuk Chan Kwok Chin berkata, lorong belakang Jalan Sultan menjadi tempat pembuangan sampah.
"Sampah sering kelihatan berlonggok di luar tong sampah dan merosakkan pemandangan," katanya.
Ahli Lembaga Penasihat Kuala Lumpur, Andre Lai berkata, masalah itu sudah wujud lebih 20 tahun.
"Dulu ada penjaja haram yang beroperasi di lorong belakang yang menempatkan tong sampah, tetapi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Ogos telah menghalau mereka.
"Bagaimanapun, tong sampah kini kelihatan jelas sekali gus menimbulkan pemandangan kurang menyenangkan kepada pelancong," katanya.
Pegawai daripada Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL mencadangkan setiap unit kedai mempunyai tong sampah sendiri.
Bagaimanapun, Ahli Lembaga Penasihat DBKL Carmen Leong menentang langkah itu.
Beliau berkata, penguatkuasaan terhadap penjaja haram sebelum ini mencetuskan minat untuk membangunkan dan mengindahkan kawasan tersebut.
"Saya tidak bersetuju dengan cadangan mempunyai tong sampah individu kerana ia akan menggagalkan tujuan pelan pemindahan itu.
"Adalah lebih baik untuk ada lokasi berpusat di mana semua peniaga boleh mengakses tong sampah.
"Kami mengenal pasti lokasi tempat pembuangan sampah di Lorong Sultan, belakang hotel," katanya.
Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPPWP) Bukit Bintang, Ben Fong berharap lokasi baharu tong sampah itu mudah diakses dan tidak mencemarkan imej kawasan berkenaan. — TheStar/JAROD LIM
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram