INDUSTRI perkhidmatan makanan di Malaysia terus berkembang dengan kemunculan inovasi makanan dan trend masakan baharu yang memenuhi perubahan citarasa pengguna.
Unilever Food Solutions (UFS) menyokong pemilik restoran dan cef profesional dalam mengejar pengetahuan, inovasi serta kemampanan melalui pelbagai inisiatif.
Salah satu inisiatif itu adalah melancarkan Laporan Trend Menu Masa Depan UFS 2024 yang merangkumi lapan trend global yang mampu membantu industri perkhidmatan makanan menghadapi cabaran pada masa hadapan.
BACA LAGI: [VIDEO] ‘Basuh kaki pun kena bayar’, pelancong ingin ke Indonesia harus hati-hati dengan ‘pungli’
UFS juga akan memperkenalkan lapan trend kulinari berkenaan dalam Worldchefs Congress & Expo 2024 yang akan diadakan di Marina Bay Sands, Singapura pada 21 Oktober depan.
Antara lapan trend kulinari yang bakal dibawakan itu adalah:
Mengujakan Tunas Rasa: Pengalaman Bebas Peraturan
Penggemar makanan sentiasa mencari pengalaman yang unik dan luar biasa dalam kehidupan harian mereka.
Dalam era ‘sensory overload’ menjadi suatu hal yang biasa, cef dituntut untuk berfikir di luar kotak.
Mereka perlu bereksperimentasi dalam mencipta menu yang melanggar peraturan serta melangkaui sempadan demi memenuhi cita rasa luar biasa pengguna.
Meraikan Kemewahan Sumber Tempatan
Trend itu meraikan kemewahan sumber makanan tanah air kita.
Kesegaran hasil tempatan dan bermusim bukan sahaja mampu meningkatkan mutu hidangan, malah memperkukuhkan hubungan antara dapur dan komuniti.
Melalui ikatan itu, mereka bukan sekadar menggunakan bahan-bahan tempatan, tetapi juga menyampaikan kisah tanah air dalam setiap hidangan.
Menu Rendah Sisa: Memaksimumkan Kreativiti
Cef kini perlu bijak mengurus bahan dan sumber, bukan sahaja untuk menjimatkan kos tetapi juga untuk memenuhi keperluan pengguna yang semakin mementingkan amalan kelestarian.
Penggunaan bahan secara maksimum kini menjadi keutamaan yang mampu menyebabkan cef terus berinovasi dalam menyajikan hidangan lestari.
Mempermodenkan Makanan Selesa (Comfort Food): Kepuasan dalam Pengalaman Baharu
Walaupun makanan yang memberi keselesaan atau comfort food masih kekal relevan, pengguna masa kini juga mengharapkan sentuhan baharu dalam hidangan klasik.
Trend itu menekankan kepentingan elemen warisan dan nostalgia dalam setiap hidangan yang menjadikannya sebagai rasa memuaskan buat pengguna.
Protein Tumbuhan: Mengangkat Protein Sayuran
Dalam perkembangan diet fleksitarianisme yang semakin mendapat tempat, lebih ramai pengguna kini menggantikan 1 hingga 2 hidangan mingguan dengan pilihan berasaskan tumbuhan.
Trend itu memberi peluang kepada cef untuk menawarkan menu yang lebih pelbagai, mesra alam dan kos efektif.
Dengan cara itu, pengguna tidak perlu menghentikan pengambilan daging secara penuh untuk kekalkan pemakana secara sihat.
Era Baharu Berkongsi Makanan: Dinamik dan Interaktif
Pengguna semakin menghargai detik makan bersama dan berkongsi hidangan lazat dalam suasana santai.
Meja makan kini lebih daripada sekadar tempat makan, iaitu ia adalah pemangkin kebahagiaan, gelak tawa dan silaturahim.
Perkara itu membuka peluang luas untuk cef berinovasi, bereksperime dan mencipta pengalaman makan yang mewah, sekali gus mengilhamkan semula pengalaman berkongsi makanan.
Daya Tarikan Sayuran
Sayur-sayuran kini mendapat perhatian sebagai elemen utama dalam hidangan, menarik minat generasi baharu yang semakin mementingkan kesihatan.
Dengan warna-warni dan cita rasa yang kaya, sayur-sayuran kini bukan sekadar sampingan tetapi menjadi tumpuan utama dalam hidangan.
Cef dituntut untuk terus mengasah kreativiti mereka dalam menyajikan hidangan berasaskan sayuran yang lebih menarik.
Makanan ‘Feel-Good’: Kesejahteraan Holistik
Pengguna kini semakin sedar akan kepentingan kesejahteraan yang bermula dari pilihan makanan yang mereka buat.
Hidangan ‘feel-good’ kini lebih diutamakan, iaitu makanan yang disediakan mengandungi lebih sedikit lemak tepu, daging kurang berlemak dan penggunaan sos yang minimum.
Makanan sedemikian bukan sahaja memenuhi keperluan fizikal tetapi juga memberikan kesejahteraan emosi dan tenaga yang seimbang. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram