Bomba selamatkan 60 pengunjung terkandas di Kolam Puteri Gunung Ledang


  • 112
  • Ahad, 15 Sep 2024

Bomba menyelamatkan 60 pengunjung susulan air deras akibat hujan lebat di Kolam Puteri, Gunung Ledang Resort — Bomba

SERAMAI 60 orang awam yang terkandas di Kolam Puteri, Gunung Ledang, berjaya diselamatkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor pada pukul 3:18 Ahad petang.

Penolong Penguasa Bomba, Rafiah Aziz, dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak berkata, hujan lebat menyebabkan arus sungai deras menghalang laluan keluar mereka.

"Laluan keluar dari pusat pelancongan tersebut terhalang akibat arus deras dari puncak gunung.

BACA LAGI: Premis makanan bukan Islam tak wajib mohon sijil halal — TPM

BACA LAGI: 'Main macam dah bayar gaji', aksi Saddil Ramdani, Joao Pedro buat Stadium Likas riuh

"Pasukan Keluaran Operasi (PKO) telah bertindak pantas dengan menggunakan tali penyelamatan bagi membantu orang awam menyeberangi sungai yang deras," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Katanya, operasi tersebut mengambil masa kira-kira dua jam, dan kesemua individu berjaya dibawa keluar dengan selamat tanpa sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Dalam operasi itu seramai sembilan anggota bomba telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi penyelamatan. — Majoriti