Belanjawan 2025 kaji isu kartel, monopoli dan punca harga barang naik — PM Anwar


  • Primer
  • Selasa, 06 Ogos 2024

Anwar berkata, walaupun beberapa kos bahan mentah di negara adalah antara yang paling murah, namun, rakyat Malaysia masih rasa terbeban. — Gambar hiasan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini di Dewan Rakyat, memberi tumpuan terhadap usaha tangani kos sara hidup.

Beliau yang juga Menteri Kewangan menegaskan, kos sara hidup masih menjadi kebimbangan orang ramai dan menjadi tanggungjawab kerajaan untuk meringankan beban itu.

“Walaupun saya boleh katakan gula, minyak, tepung dan minyak masak kita antara yang paling murah, namun, rakyat Malaysia masih merasai tekanan," katanya.

BACA LAGI: Beri hadiah, anjur parti untuk VIP boleh pupuk budaya rasuah dalam perkhidmatan awam

BACA LAGI: [VIDEO] Padah bermulut puaka, enggan bayar hutang lelaki maut dibakar rakan di Kemboja

Screenshot 2024-08-06 125507

Anwar ketika berucap pada Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan di Putrajaya pada Selasa.

Justeru, beliau berkata, Belanjawan 2025 bukan sahaja menangani isu yang dibincangkan tetapi juga mengatasi masalah yang ditimbulkan oleh kartel, monopoli, dan faktor-faktor kenaikan harga.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan (MOF) pada Selasa di Putrajaya.

Dalam ucapannya, beliau menyeru semua warga kementerian itu untuk bekerjasama dalam menangani isu tersebut.

Antara yang turut hadir, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Anwar juga menekankan kepentingan usaha merentas kementerian yang diketuai oleh MOF untuk merangka strategi dan kaedah untuk mengurangkan kos sara hidup.

Beliau menegaskan bahawa kenaikan kos bertambah teruk apabila timbul isu-isu berkait ketirisan, rasuah, penyeludupan, dan kartel.

"Pengalaman anda dalam MOF, sama ada dalam penguatkuasaan atau perancangan dasar, adalah penting. Kita mesti mempertimbangkan semua kaedah dan strategi yang mungkin menyumbang kepada penurunan kos.

“Antara faktor yang mendorong kepada kenaikan kos ini adalah ketirisan, rasuah, penyeludupan, dan keuntungan berlebihan daripada kartel,” jelasnya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram