Tiada lagi isu bayaran deposit rumah, permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan bernilai RM12.77 billion diluluskan


  • Primer
  • Khamis, 01 Ogos 2024

Jaminan sehingga 120 peratus turut diberi kepada harga rumah sekali gus menyelesaikan isu berkaitan pembayaran deposit. — Gambar hiasan

KEMENTERIAN Perumahan dan Kerajaan Tempatan meluluskan permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) bernilai RM12.77 bilion setakat Jun tahun ini selepas menerima sejumlah 57,752 permohonan.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, permohonan berkenaan mencatatkan peningkatan drastik berbanding 23,569 permohonan bernilai RM5.9 bilion, pada tahun sebelumnya.

Memetik Kosmo!, beliau berkata, jaminan sehingga 120 peratus turut diberi kepada harga rumah sekali gus menyelesaikan isu berkaitan pembayaran deposit.

BACA LAGI: Duta 'online' KPKT tak libat kos tambahan, tangkis fitnah berleluasa

BACA LAGI: ‘KPKT perlu buat intervensi teliti profil penyewa, bantu tingkatkan pendapatan selesaikan isu tunggakan sewa PPR’

“Oleh kerana itu, isu pembayaran deposit dapat diselesaikan, kerana jaminan kerajaan terhadap pemilikan rumah pertama melebihi harga rumah, ia merangkumi aspek termasuk pengubahsuaian yang dibenarkan. Oleh kerana itu, tahun lepas jumlah kes kelulusan meningkat secara mendadak,” katanya di Dewan Negara.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung jumlah permohonan SJKP setakat ini.

Mengulas lanjut, Kor Ming berkata, Bank Negara menetapkan tempoh pinjaman 34 tahun sebagai dasar had maksimum.

Justeru, peminjam boleh menyelesaikan pinjaman lebih awal agar tidak membebankan generasi kedua. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram