
PENDUDUK di sekitar SS2, Petaling Jaya, Selangor meluahkan rasa kecewa terhadap tingkah laku beberapa penyewa rumah di kawasan kejiranan mereka.
Menurut salah seorang penduduk di situ yang hanya ingin dikenali sebagai KH, masalah bermula selepas kira-kira 18 pekerja asing berpindah ke rumah itu pada akhir April lalu.
“Pada 14 Mei lalu, salah seorang penyewa dilihat menghalakan telefon bimbitnya ke arah rumah jiran seolah-olah sedang merakam atau mengambil gambarnya,” katanya.
BACA LAGI: [VIDEO] Berang staf tak ikut arahan, bos campak makanan masak banyak tak habis
BACA LAGI: 'Serbu 58 premis kotor, ramai minta DBKL buat operasi di UTC Sentul, Taman Dato Senu
Penyewa-penyewa terlibat turut mandi di kawasan luar rumah sehingga menyebabkan air mengalir ke jalan.
Bimbang terhadap keselamatan keluarganya, beliau telah membuat laporan polis di Balai Polis Sea Park, Petaling Jaya pada 23 Mei lalu.
Tambah penduduk, tiada tindakan tegas diambil walaupun 25 aduan telah dibuat dalam tempoh dua bulan kepada pihak berkuasa termasuk Ahli Majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di kawasan itu iaitu Loh Y. Lun dan ADUN Kampung Tunku, Lim Yi Wei.
Selepas tindakan susulan dengan MBPJ dibuat, penduduk di situ turut memaklumkan bahawa Jabatan Kawalan Bangunan Petaling Jaya (JKB) serta Jabatan Perkhidmatan Persekitaran dan Kesihatan MBPJ tidak menemui isu berkaitan ketidakpatuhan terhadap pembahagian rumah atau pelanggaran undang-undang kesihatan.
Ketika dihubungi, Loh berkata pihak polis telah berhubung dengan ejen yang menguruskan rumah itu untuk mengurangkan jumlah penghuni daripada 22 kepada 10 orang.
“Saya juga dimaklumkan polis akan lebih kerap membuat rondaan di kawasan itu.
“Jabatan Perkhidmatan Persekitaran dan Kesihatan MBPJ juga membuat pemeriksaan di premis berkenaan dan namun tiada kesesakan penghuni atau pengubahsuaian haram dilakukan ke atas rumah itu,” katanya.
Penduduk turut menunjukkan kepada StarMetro sebuah tangki air di atas bumbung rumah dalam keadaan terdedah yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Jelas mereka, perkara ini telah diketengahkan kepada pihak MBPJ, namun tiada maklum balas mengenai hasil siasatan.
Seorang lagi penduduk, Chan, berkata, rumah itu digunakan sebagai asrama pekerja asing.
Walaupun tidak ada pelanggaran terhadap undang-undang kecil, beliau mempersoalkan sama ada MBPJ memberi kebenaran penggunaan kediaman berkenaan sebagai asrama. — The Star/JAROD LIM
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram