KKM tawar khidmat kaunseling 'post trauma' buat famili Nur Farah Kartini


  • Primer
  • Khamis, 18 Jul 2024

Ahli keluarga mangsa yang hadir di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh, Selangor pada Khamis. — The Star

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) sedia menawarkan khidmat kaunseling terhadap ahli keluarga arwah Nur Farah Kartini Abdullah susulan kejadian menyayat hati yang menimpa mereka.

Memetik laporan Buletin TV3, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, kejadian yang berlaku pada ahli keluarga merupakan satu perkara yang sukar diterima.

Beliau berkata, pihaknya akan menawarkan khidmat psikososial atau kaunseling kepada ‘post trauma’ yang akan berlaku terhadap ahli-ahli keluarga itu.

BACA LAGI: Sampel DNA sepadan, jenazah Nur Farah Kartini diserah famili hari ini

BACA LAGI: Abang tak putus harapan, keluarga di Sarawak terkedu terima khabar duka kematian Nur Farah Kartini

2808139

Nur Farah Kartini

Lukanisman juga berkata, kes Nur Farah perlu mendapat keadilan yang adil dan sewajarnya.

Sebelum ini, polis mengesahkan wanita ditemukan mati dipercayai dibunuh di ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang dekat Hulu Selangor, Selangor adalah Nur Farah Kartini Abdullah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata, proses padanan asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan sebelum ini sepadan dengan mangsa.

Pada masa sama, wanita yang dikenali sebagai Syeril Norsyuhada memaklumkan bahawa pihak keluarga dalam perjalanan ke Unit Forensik Hospital Sungai Buloh, Selangor untuk membuat tuntutan jenazah.

Terdahulu, Majoriti melaporkan graduan UPSI yang dilaporkan hilang sejak Rabu minggu lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Mayat Nur Farah Kartini ditemukan kira-kira 6 petang Isnin dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Susulan itu, pihak berkuasa turut menahan seorang lelaki yang juga seorang anggota polis berpangkat lans koperal yang bertugas di Balai Polis Slim River di Tanjung Malim, Perak.

Suspek kemudian direman tujuh hari sehingga 22 Julai ini untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram