Mansor Puteh parah di kepala, maut kereta terbabas sendiri langgar pembahagi jalan di Alam Damai


  • 112
  • Ahad, 07 Jul 2024

Mansor Puteh, 70, terkorban dalam nahas jalan raya di Alam Damai, Cheras, pada Ahad.

PENGARAH dan pengkritik filem serta budaya, Mansor Puteh, 71, terkorban dalam nahas jalan raya di Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur kira-kira pukul 10 pagi Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kereta jenis Proton Iswara yang dipandu mangsa terbabas sendiri di Jalan Alam Damai.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa mangsa memandu dari arah Taman Len Seng menghala Ke Taman Alam Damai hilang kawalan sebelum terbabas sendiri dan melanggar pembahagi jalan.

BACA LAGI: 'Hiduplah kalian dengan semangat Mansor Puteh'

BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu Perodua Viva hitam ‘menghilang’ lepas jadi punca kemalangan maut penunggang 'superbike' di JB

WhatsApp Image 2024-07-07 at 15.37.18

Keadaan kereta Allahyarham Mansor yang terlibat kemalangan di Alam Damai.

"Akibat kemalangan tersebut, mangsa telah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh penolong perubatan," katanya dalam kenyataan.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987.

Allahyarham Mansor yang juga Bekas Pengarah Filem Malaysia (FDAM) mendapat pendidikan awal dalam bidang komunikasi massa dari Institut Teknologi Mara (ITM).

photo_6075418741740518588_x

Allahyarham juga pernah menjadi wartawan sebelum melanjutkan pengajian dalam jurusan Master of Fine Arts in Film Directing, Universiti Columbia pada 1978.

Selain pernah mengarahkan filem berjudul Seman pada 1988, Allahyarham turut menghasilkan dokumentari 48 minit mengenai Tunku Abdul Rahman bertajuk Residency Years.

Pada masa sama, Allahyarham Mansor juga pernah dikenali dengan amalannya yang suka menderma darah dan pernah menerima sijil pengiktirafan atas sumbangannya menderma darah sebanyak 500 kali pada 2018. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram