Helikopter tentera mendarat cemas, 3 kru kapal cedera


  • 112
  • Jumaat, 28 Jun 2024

Seramai tiga anggota TDM telah dikejarkan ke hospital berikutan insiden pendaratan cemas helikopter M81-11 (Agusta L109H) di Kluang, Johor pada Jumaat. — Gambar Hiasan

SERAMAI tiga anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dikejarkan ke hospital berikutan insiden pendaratan cemas helikopter M81-11 (Agusta L109H) di Kluang, Johor pada Jumaat.

Menerusi satu kenyataan media Tentera Darat Malaysia berkata, kejadian itu berlaku semasa Latihan Penerbangan Malam, Kursus Army Aviation Basic Officer Course di Landasan Terbang Kluang, Rejimen 881 Pasukan Udara Tentera Darat (Rej 881 PUTD), Kem Mahkota Kluang pada pukul 1.35 pagi.

"Insiden tersebut melibatkan tiga anak kapal yang terdiri daripada seorang jurulatih helikopter, seorang penuntut kursus dan seorang kru kuatermaster.

BACA LAGI : [VIDEO] Padah bermulut puaka, enggan bayar hutang lelaki maut dibakar rakan di Kemboja

BACA LAGI : [VIDEO] Pegawai mabuk tidak berbaju tunjuk ves polis di George Town sedang dalam proses tindakan tatatertib

“Kesemua kru yang terlibat dalam keadaan sedar dan hasil awal pemeriksaan perubatan telah mengenal pasti beberapa kecederaan yang dialami oleh pegawai dan anggota seperti patah tulang belakang dan luka-luka di beberapa anggota badan.

“Kesemua anak kapal dalam keadaan stabil dan telah dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang bagi menerima rawatan lanjut,” kata dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam kenyataan tersebut turut memaklumkan Tentera Darat Malaysia turut memaklumkan TDM telah membuat tindakan Henti Terbang Sementara (temporary grounded) untuk helikopter berkenaan.

“Retifikasi dan one-time inspection akan dilakukan untuk mengembalikan status terbang pesawat dengan segera,

“Dalam masa yang sama, satu Lembaga Siasatan akan disidangkan bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya.

TDM turut menggesa orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu dan berdoa agar semua anggota yang terlibat Kembali pulih.

A109 LOH merupakan helikopter yang dioperasikan oleh Rejimen 881 PUTD sekitar tahun 2005-2006. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram