Warga emas maut ditikam anak saudara dengan gunting di Kuching


  • 112
  • Selasa, 04 Jun 2024

Pihak polis dan ambulans yang tiba di tempat kejadian. — Facebook

SEORANG lelaki meninggal dunia akibat ditikam menggunakan gunting oleh anak saudaranya dalam kejadian di Kampung Haji Baki, Kuching, Sarawak pada malam Isnin.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi mengesahkan kes itu yang mana suspek berusia 27 tahun berjaya ditangkap pada hari sama sekitar pukul 8.30 malam tidak jauh dari lokasi kejadian.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," kata Mohd Irwan.

BACA LAGI: Ada beri sebab, peguam Mahmud Jumaat tak lagi wakili ibu bapa Zayn Rayyan bermula Selasa

BACA LAGI: [VIDEO] Budak pasang impian beraksi bersama Brazil maut ditembak depan ayah pada hari lahir ke-9

WhatsApp Image 2024-06-04 at 10.52.43

Suspek (tengah) berjaya ditangkap penduduk kampung sebelum diserahkan kepada pihak polis. — Facebook

Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 55 tahun ditemui dalam keadaan terbaring dengan kesan tikaman di bahagian dada.

Difahamkan, mangsa yang maut di tempat kejadian merupakan bapa saudara kepada suspek.

Siasatan awal mendapati berlaku perselisihan faham antara mangsa dan suspek sebelum didakwa menyerang mangsa dengan objek tajam, dipercayai sebilah gunting.

Dipercayai, suspek yang tinggal bersama ibu dan bapa saudaranya itu sering meminta wang daripada mangsa.

Susulan kejadian itu, polis akan mendapatkan permohonan reman terhadap suspek pada Selasa untuk melengkapkan siasatan.

Motif dan punca kejadian masih disiasat di bawah Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram